
Auge berjuang selepas kemalangan ngeri di LTdL
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kuala Lumpur: Pelumba pasukan Unibet Rose Rockets, Ronan Auge, bersyukur masih bernyawa selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika mengharungi Peringkat 6 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 dari Pandan Indah ke Rembau. (Harian Metro, 08:49)
Read the reporting
1 report
Auge berjuang selepas kemalangan ngeri di LTdL
Kuala Lumpur: Pelumba pasukan Unibet Rose Rockets, Ronan Auge, bersyukur masih bernyawa selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika mengharungi Peringkat 6 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 dari Pandan Indah ke Rembau.
Auge yang berada dalam keadaan koma selama beberapa hari selepas kemalangan itu kini mula menyedari keadaan dirinya selepas tersedar di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di media sosial, pelumba itu mengakui sukar mencari kata-kata untuk menggambarkan pengalaman pahit yang mengubah kehidupannya dalam sekelip mata.
Lebih memilukan, Auge mengalami pelbagai kecederaan serius, termasuk hampir tujuh tulang patah membabitkan tulang kering, siku, tulang belakang serviks, tulang rusuk, jari dan tengkorak.
Dia turut mengalami pneumotoraks, iaitu keadaan apabila udara memasuki ruang antara paru-paru dengan dinding dada sehingga menyebabkan paru-paru mengempis, selain lumpuh separa pada rahang.
Bagaimanapun, di sebalik kecederaan yang dialami, pelumba itu menganggap peluang untuk terus hidup sebagai kemenangan terbesar buat dirinya ketika ini.
Auge yang masih dirawat di Kuala Lumpur menyedari perjalanan untuk pulih sepenuhnya bukan mudah dan memerlukan tempoh yang panjang.
Namun, dia bertekad untuk tidak berputus asa dalam mengejar impian, sebaliknya berjanji akan terus berjuang setiap hari dan mengekalkan keyakinan terhadap dirinya.
Dia turut merakamkan penghargaan kepada pasukan Unibet Rose Rockets atas sokongan luar biasa yang diberikan kepada dirinya dan keluarga sejak kejadian itu.
Auge juga berterima kasih kepada orang ramai yang membanjiri dirinya dengan ribuan mesej sokongan, selain pasukan perubatan dan semua individu yang menjaganya sepanjang tempoh rawatan.
"Buat masa ini, kemenangan terbesar saya hanyalah kerana masih bernyawa.
"Perjalanan di hadapan masih panjang, tetapi kisah saya belum berakhir. Saya tidak akan berputus asa," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro08:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.