
Bahasa Arab buka peluang kerjaya
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PENGUASAAN bahasa Arab kini tidak lagi terbatas kepada bidang keagamaan atau akademik. Perkembangan hubungan perdagangan, pendidikan, pelancongan, diplomasi dan kewangan Islam dengan negara-negara Asia Barat membuka ruang pekerjaan yang lebih luas kepada tenaga kerja yang memiliki kemahiran tersebut. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Bahasa Arab buka peluang kerjaya
PENGUASAAN bahasa Arab kini tidak lagi terbatas kepada bidang keagamaan atau akademik. Perkembangan hubungan perdagangan, pendidikan, pelancongan, diplomasi dan kewangan Islam dengan negara-negara Asia Barat membuka ruang pekerjaan yang lebih luas kepada tenaga kerja yang memiliki kemahiran tersebut.
Malaysia sebagai antara peneraju industri kewangan Islam dunia, misalnya, memerlukan graduan yang mampu memahami istilah serta dokumen berbahasa Arab, khususnya dalam perbankan Islam, takaful dan syariah.
Sektor pendidikan pula terus menyediakan peluang kepada guru, pensyarah, penyelidik dan penterjemah di sekolah, kolej serta institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurut Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia, kadar kebolehpasaran graduan negara meningkat kepada 89.8 peratus. Keadaan ini menunjukkan kemahiran tambahan yang selari dengan keperluan industri boleh meningkatkan peluang seseorang graduan untuk mendapatkan pekerjaan.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Education + Training pada 2025 turut mendapati majikan di Malaysia menghargai graduan bahasa Arab yang mempunyai kemahiran lebih menyeluruh.
Kajian membabitkan 250 graduan daripada tujuh universiti itu menunjukkan penguasaan bahasa yang digabungkan dengan komunikasi, kepimpinan, penyelesaian masalah dan
Pensyarah Kanan Pengajian Bahasa Arab, Universiti Islam Selangor (UIS), Dr. Normah Husin, berpandangan bahasa Arab perlu dilihat sebagai kompetensi profesional yang memenuhi kehendak industri, bukan sekadar bidang akademik atau keagamaan.
Menurut beliau, prospek graduan bahasa Arab kini lebih luas. Selain pendidikan, mereka boleh meneroka bidang kewangan Islam, pelancongan, industri halal, penterjemahan, media, diplomasi dan komunikasi antarabangsa.
“Graduan perlu menguasai kemahiran digital, komunikasi serta memahami keperluan industri semasa untuk kekal relevan,” katanya.
Beliau turut merujuk dapatan Persidangan Serantau Pengajian Bahasa Arab (ReCALS 2025), yang menunjukkan 95.1 peratus responden bersetuju bahawa program Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus mampu melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pasaran kerja.
Selain itu, 93.9 peratus berpandangan kepakaran bahasa Arab menjadi faktor utama yang meningkatkan kebolehpasaran graduan, manakala 86.6 peratus mengenal pasti sektor pendidikan dan akademik sebagai laluan kerjaya utama.
Di luar bidang pendidikan, kemahiran bahasa Arab boleh dimanfaatkan dalam penterjemahan, media, penyiaran, diplomasi, pengurusan haji dan umrah, industri halal serta syarikat swasta yang mempunyai hubungan perniagaan dengan negara Arab.
Sektor pelancongan juga mempunyai keperluan terhadap tenaga kerja yang fasih berbahasa Arab bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelancong dari Asia Barat. Keupayaan berkomunikasi dalam bahasa mereka turut membantu memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim.
Namun, penguasaan bahasa semata-mata tidak lagi mencukupi. IPT perlu terus memperkukuh kurikulum dengan elemen teknologi, kecerdasan buatan (AI), komunikasi rentas budaya, keusahawanan dan latihan industri.
Pendekatan ini penting supaya graduan bukan sahaja mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Arab tetapi juga memahami cara kemahiran tersebut digunakan dalam dunia pekerjaan sebenar.
Bahasa Arab akhirnya perlu dilihat sebagai satu nilai tambah yang boleh membawa graduan ke pelbagai bidang.
Dengan hubungan ekonomi Malaysia dan negara-negara Arab yang terus berkembang, penguasaan bahasa tersebut bersama kemahiran profesional serta digital boleh menjadi kelebihan dalam persaingan pasaran kerja.
Bahasa Arab bukan sekadar bahasa ilmu dan agama, tetapi juga bahasa peluang. – UTUSAN
MOHAMAD AMIRUL KHALID
Pensyarah, Language Centre (LGC),
Management and Science University (MSU)
The post Bahasa Arab buka peluang kerjaya appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.