
Bahasa Melayu perlu perkasa peranan sebagai bahasa ilmu
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Bahasa Melayu perlu perkasa peranan sebagai bahasa ilmu (Harian Metro, 11:49)
Read the reporting
3 reports
Bahasa Melayu perlu perkasa peranan sebagai bahasa ilmu
khairil.ashraf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Usaha memelihara bahasa Melayu tidak boleh hanya bergantung kepada nostalgia terhadap kegemilangan masa lalu, sebaliknya perlu memastikannya terus hidup dan disesuaikan dengan keperluan zaman.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha memelihara bahasa Melayu juga perlu bermula daripada pendidikan dan keluarga kerana kedua-dua ruang ini membentuk asas kepada cara seseorang mengenali, menggunakan dan menghargai bahasanya.
"Kita mahu anak-anak membesar dengan keyakinan terhadap bahasa Melayu, bukan kerana bahasa tersebut diwajibkan kepada mereka, tetapi kerana mereka melihat bahasa itu mempunyai nilai, keindahan dan kemampuan untuk membawa mereka memahami dunia.
"Dalam masa yang sama, kita perlu memastikan khazanah bahasa dan budaya Melayu terus didokumentasikan dan dikembangkan.
"Manuskrip, karya kesusasteraan dan pelbagai bentuk pengetahuan tradisional perlu didigitalkan agar dapat diakses dan dimanfaatkan oleh generasi akan datang," katanya ketika berucap merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2026 di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Hadir sama Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia, Dr Kamarazaman Yacob.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, bahasa Melayu perlu terus diperkaya dengan istilah, karya dan pemikiran baharu supaya mampu menjawab perubahan dalam kehidupan manusia.
"Di sinilah pentingnya kita melihat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
"Kita tidak mahu bahasa Melayu hanya digunakan untuk menyampaikan ilmu yang dihasilkan dalam bahasa lain, tetapi mampu menjadi bahasa yang digunakan untuk menerbitkan karya akademik, membina pemikiran dan membincangkan persoalan besar yang dihadapi oleh masyarakat," katanya.
Menurutnya, bahasa Melayu perlu mempunyai kemampuan untuk berkembang dalam bidang sains dan teknologi seiring dengan ilmu baharu.
"Perkembangan kecerdasan buatan, bioteknologi, ekonomi digital dan teknologi maklumat memerlukan istilah, bahan rujukan dan kandungan ilmiah yang mampu memperkayakan bahasa kita.
"Kita perlu membangunkan korpus bahasa, pangkalan data digital dan teknologi pemprosesan bahasa yang mampu memahami bahasa Melayu dengan baik.
"Jika kita mahu bahasa Melayu terus mempunyai tempat dalam dunia masa hadapan, bahasa ini mesti hadir dalam ruang teknologi yang sedang membentuk kehidupan manusia," katanya.
Ahli Parlimen Bera itu turut berpandangan penguasaan bahasa asing juga penting dan ia seharusnya tidak ditolak.
"Memartabatkan bahasa Melayu tidak bermaksud kita menolak bahasa lain kerana keterbukaan kepada bahasa dan ilmu dunia akan memberikan kita lebih banyak ruang untuk memperkenalkan bahasa serta budaya sendiri.
"Kita mahu generasi yang kukuh jati dirinya dalam bahasa Melayu, tetapi pada masa yang sama mampu berkomunikasi dan bersaing dalam masyarakat antarabangsa," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.