
Banjir Nepal: Keluarga 54 rakyat Malaysia mohon moratorium enam bulan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
The families' spokesman, R Manivannan, with the proposal that was submitted to Bank Negara Malaysia. KUALA LUMPUR: A group representing the next of kin of 54 Malaysians missing in the Nepal floods has submitted a proposal to Bank Negara Malaysia for a structured financial protection framework to safeguard the families. (Free Malaysia Today, 15:29)
Read the reporting
4 reports
Banjir Nepal: Keluarga 54 rakyat Malaysia mohon moratorium enam bulan
KUALA LUMPUR: Keluarga kepada 54 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir kilat di Nepal-Tibet memerlukan bantuan kemanusiaan yang tersusun bagi mengelakkan mereka berdepan tekanan kewangan tambahan ketika menunggu perkembangan nasib ahli keluarga masing-masing.
Beberapa isu utama dibangkitkan wakil keluarga dalam pertemuan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, termasuk permohonan moratorium selama enam bulan bagi kemudahan pinjaman yang layak.
Antara tuntutan lain ialah penangguhan bayaran bagi pembiayaan peribadi, pinjaman kenderaan dan sewa beli tanpa pengumpulan faedah atau keuntungan, caj lewat bayar serta penalti sepanjang tempoh berkenaan.
Jurucakap Malaysia Solidarity: Families in Hope (MASFIH), Dr. R. Manivannan berkata, pertemuan itu bertujuan mencari penyelesaian terhadap kesulitan kewangan dan halangan perundangan yang dihadapi keluarga mangsa, memandangkan status orang tersayang mereka masih belum dapat dipastikan.
Menurutnya, enam wakil keluarga menghadiri pertemuan berkenaan yang turut disertai kira-kira 40 peserta, termasuk wakil BNM, persatuan bank, syarikat insurans, pengendali takaful dan institusi kewangan.
MASFIH turut menyerahkan cadangan setebal 35 muka surat bertajuk Cadangan bagi Kerangka Kerja Bantuan Kewangan Kemanusiaan Khas, Pembekuan Liabiliti, Perlindungan Aset dan Kelangsungan Perniagaan, selain membentangkan penerangan sebanyak 20 muka surat.
Beliau berkata, organisasi itu turut mencadangkan supaya tempoh moratorium dilanjutkan enam bulan lagi sekiranya proses penyelesaian status undang-undang mangsa masih belum selesai.
“Permintaan ini bukan disebabkan keluarga tidak mampu membayar komitmen kewangan sebaliknya mereka berdepan kesukaran menguruskan akaun, simpanan dan pelaburan apabila pemiliknya masih hilang dan belum disahkan meninggal dunia.
“Keadaan itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan kenderaan ditarik, aset dilupuskan atau tindakan penguatkuasaan diambil sebelum keluarga mempunyai kuasa undang-undang untuk menguruskan harta mangsa,” katanya dalam sidang akbar di sini, hari ini.
Selain pinjaman, MASFIH meminta semakan terhadap perlindungan insurans dan takaful, termasuk insurans kemalangan diri, perlindungan berkaitan pembiayaan kenderaan serta polisi perlindungan gadai janji seperti Insurans Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji (MRTA) dan Insurans Jaminan Tempoh Saksama Gadai Janji (MLTA).
Manivannan berkata, pihaknya turut mencadangkan pelantikan pegawai perhubungan kanan bagi setiap institusi kewangan supaya keluarga mendapat maklumat tepat melalui saluran rasmi tanpa perlu berulang kali mengemukakan dokumen atau berurusan dengan pegawai berlainan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, BNM sedang menyelaraskan penglibatan institusi kewangan dengan sasaran tindakan menjelang 16 Oktober manakala semakan semula dicadangkan dalam tempoh dua minggu bagi menilai keberkesanan pendekatan berkenaan.
“Beberapa bank menunjukkan kesediaan untuk membantu, termasuk AmBank yang dimaklumkan telah mengambil pendekatan menghubungi keluarga secara langsung bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang diperlukan.
“Bagaimanapun, cadangan moratorium tanpa faedah dan penalti masih memerlukan penelitian serta pengesahan lanjut dan tidak boleh dianggap sebagai keputusan muktamad yang sudah diluluskan oleh keseluruhan industri perbankan,” jelasnya.
Beliau berkata, satu perkembangan awal yang dimaklumkan selepas pertemuan itu ialah tiada tindakan kutipan hutang atau panggilan telefon untuk menuntut bayaran akan dibuat terhadap keluarga sementara keputusan lanjut dicapai.
“BNM juga dijangka memantau pelaksanaan pendekatan berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, MASFIH meminta campur tangan segera Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mencari mekanisme perundangan yang membolehkan keluarga menguruskan urusan kewangan mangsa tanpa perlu menunggu pengesahan kematian.
Antara isu paling mendesak ialah akses kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang mengandungi maklumat berkaitan kedudukan kredit seseorang.
Menurut Manivannan, keluarga memerlukan saluran yang sah untuk mengenal pasti komitmen pinjaman dan kedudukan kewangan mangsa, termasuk kemungkinan kewujudan hutang yang belum diketahui serta aset yang tidak dapat diakses.
“Bagaimanapun, akses kepada maklumat berkenaan tertakluk kepada keperluan undang-undang dan kerahsiaan.
“Oleh itu, kami meminta BNM merujuk perkara ini kepada AGC sekiranya mekanisme khas tidak dapat dilaksanakan di bawah kerangka sedia ada,” jelasnya.
Selain itu, organisasi berkenaan akan terus memohon pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan penyelarasan antara kementerian, agensi penguat kuasa, pihak berkuasa undang-undang dan institusi kewangan.
Beliau turut membangkitkan isu berkaitan pajak gadai, perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), insurans kelompok majikan serta pelaburan unit amanah yang memerlukan penyelarasan dengan agensi dan penyedia perkhidmatan berkaitan.
Menurutnya, keluarga mangsa tidak seharusnya menanggung kesukaran tambahan hanya kerana prosedur kewangan dan pentadbiran sedia ada tidak dirangka untuk menangani situasi kehilangan beramai-ramai tanpa pengesahan kematian.
“Kami berharap tindakan segera dapat dilaksanakan dalam ruang kuasa sedia ada, sementara perkara yang memerlukan penjelasan undang-undang diselesaikan melalui kerjasama antara agensi,” katanya. – UTUSAN
The post Banjir Nepal: Keluarga 54 rakyat Malaysia mohon moratorium enam bulan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is accelerating
- Mention velocity 3.0× the previous hour (3 vs 1 mentions)
- Current hour is 2.8 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today15:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Free Malaysia Today, Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.