
Bayi kuning biasa berlaku tapu jangan pandang ringan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Bayi kuning biasa berlaku tapu jangan pandang ringan
JAUNDIS atau penyakit kuning memang biasa berlaku dalam kalangan bayi, terutama pada hari-hari pertama selepas kelahiran.
Namun, "biasa" tidak bermakna ia boleh dipandang ringan atau dibiarkan tanpa pemantauan.
Menurut Public Health Malaysia (PHM), apabila paras bilirubin terlalu tinggi, bahan ini boleh masuk ke otak dan menyebabkan kernikterus, iaitu kerosakan otak akibat jaundis yang teruk.
Katanya, lebih membimbangkan, kerosakan yang berlaku boleh bersifat kekal dan meninggalkan kesan sepanjang hayat.
"Ibu bapa tidak seharusnya menunggu sehingga bayi menunjukkan tanda-tanda serius sebelum mendapatkan pemeriksaan atau rawatan.
"Apabila petugas kesihatan meminta ibu bapa datang semula untuk pemeriksaan atau mengulangi bacaan bilirubin, arahan itu perlu dipatuhi walaupun bayi kelihatan aktif dan sihat," katanya menurut hantaran di Facebook.
Antara komplikasi yang boleh berlaku jika jaundis terlalu teruk termasuk;
- masalah pergerakan
- kekejangan atau kekakuan otot
- gangguan pendengaran sehingga kehilangan pendengaran
- masalah koordinasi dan berjalan
- kesukaran mengawal pergerakan mata
Dalam sesetengah kes, perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak turut boleh terjejas, manakala jaundis yang sangat teruk dan tidak dirawat boleh membawa kepada kematian.
"Jangan tunggu bayi terlalu mengantuk, kurang menyusu, menangis dengan nada nyaring atau menunjukkan badan yang tegang. Keadaan seperti ini memerlukan perhatian perubatan segera," katanya.
Paras bilirubin juga boleh berubah dengan cepat, khususnya pada hari-hari awal kehidupan.
Oleh itu, pemeriksaan susulan penting bagi memastikan bacaan bilirubin kekal pada tahap selamat dan rawatan dapat diberikan pada masa yang sesuai.
Jika diperlukan, fototerapi atau rawatan menggunakan cahaya khas boleh membantu menurunkan paras bilirubin dan mengurangkan risiko komplikasi serius.
"Jaundis boleh dirawat, tetapi kerosakan otak akibat kernikterus mungkin tidak boleh dipulihkan. Sebab itu, pemantauan dan rawatan awal sangat penting," kata PHM.
Justeru, ibu bapa tidak wajar menganggap janji temu susulan sebagai sekadar pemeriksaan biasa.
Jika diminta datang semula untuk pemeriksaan atau mengulangi bacaan kuning, jangan tangguh dan abaikan.
Bagi sesetengah bayi, satu pemeriksaan susulan mungkin kelihatan kecil tetapi ia boleh menjadi langkah penting untuk mengesan peningkatan bilirubin sebelum keadaan menjadi serius.
INFO
Bila perlu risau;
- Bayi terlalu mengantuk.
- Bayi kurang menyusu.
- Bayi menangis nyaring.
- Badan bayi tegang (melengkung).
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.