Malaysian Attention Engine
Live wire
53Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara52World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday45Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat45General : MCMC Probes Spread Of Content Insulting King On Threads42Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC4011 maut, 27 cedera bas persiaran bertembung lori di Turki37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM36World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport35General : Don't Wait For Titles, Step Up And Take Responsibility, Fadillah Tells Young Leaders35Pasar Borong Selayang digempur DBKL35General : Special Financial Aid For Taxi And Rental Car Drivers To Be Distributed In Phases Starting Wednesday - Loke35Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok
NewConfirmedupdated 1 h ago

Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 2027

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 12:37 MYTLatest activity 12 Oct, 12:41BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR – Pengurusan kes semakan kehakiman Badan Peguam yang mencabar keputusan pendakwa raya menghentikan prosiding 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini ditetapkan pada 14 Jun tahun hadapan.Hakim, S Indra Nehru menetapkan tarikh itu selepas pendakwaan memberitahu, prosiding rayuan Peguam Negara (AG) dan Timbalan Perdana Menteri berusia 73 tahun berkenaan, akan didengar di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.Semasa prosiding, peguam, Abhilaash Subramaniam yang mewakili Bad (Sinar Harian, 12:37)

Read the reporting

2 reports
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Badan Peguam cabar keputusan henti 47 pertuduhan Ahmad Zahid, Jun 2027

By NUZULSHAM SHAMSUDDIN · 12 Oct, 12:41 MYT

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Jun tahun depan bagi pengurusan kes semakan kehakiman Badan Peguam yang mencabar keputusan pendakwa raya menghentikan 47 pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Yayasan Akalbudi.

Mahkamah menetapkan tarikh itu sementara menunggu prosiding rayuan Peguam Negara dan Timbalan Perdana Menteri, didengar di Mahkamah Persekutuan.

Hakim S. Indra Nehru menetapkan tarikh itu dalam dijalankan secara e-review di hadapan timbalan pendaftar.

Terdahulu, peguam Abhilaash Subramaniam yang mewakili Badan Peguam memaklumkan, kedua-dua responden telah memperoleh kebenaran merayu dari Mahkamah Persekutuan pada 8 Oktober lalu.

Menurut beliau, setakat ini tarikh pendengaran merit rayuan belum ditentukan dan akan mengambil masa beberapa bulan.

Katanya, proses rayuan itu dijangka mengambil masa termasuk untuk melengkapkan rekod rayuan dan pemfailan hujahan bertulis.

“Kami mohon tarikh pendengaran semakan kehakiman (di Mahkamah Tinggi), didengar selepas prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai,” ujarnya.

Sementara Peguam Persekutuan, Safiyyah Omar yang mewakili Peguam Negara, bersetuju dengan cadangan itu, manakala peguam Datuk Guok Ngek Seong yang mewakili Ahmad Zahid turut memaklumkan tiada bantahan.

Pada 8 Oktober lalu, Peguam Negara dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjaya dalam permohonan memperoleh kebenaran merayu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman berhubung prosiding pendakwaan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Ia berikutan apabila keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Hashim Hamzah membenarkan permohonan kebenaran merayu selain mendapati kes berkenaan membangkitkan persoalan perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam.

Dalam mana-mana kes sivil, pihak-pihak yang ingin merayu ke Mahkamah Persekutuan, perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum boleh berbuat demikian.

Semasa penghakiman ketika membenarkan permohonan itu, Hakim Hashim berkata, persoalan berkenaan memerlukan penjelasan dan keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan.

“Kes ini berkaitan ambang untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman apabila budi bicara pendakwaan Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dicabar,” katanya.

Dua lagi hakim yang turut ialah Datuk Nordin Hassan dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi memberikan Ahmad Zahid pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi kesemua pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan Peguam Negara mahu memberhentikan prosiding terhadapnya.

Bagaimanapun, Badan Peguam kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE

The post Badan Peguam cabar keputusan henti 47 pertuduhan Ahmad Zahid, Jun 2027 appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45NEWnow
Latest 12:53 MYT
45New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Sinar Harian (News)
12 Oct, 12:37 MYT
Origin confidence 60% · 5 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    12:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.