Malaysian Attention Engine
Live wire
62Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok58Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara57Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar44General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am44General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times4212-vehicle-crash: Lorry driver tests positive for amphetamine, syabu41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m41Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202740Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori39General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution3914 individu termasuk remaja bawah umur direman berkaitan kes bunuh seorang lelaki
NewConfirmedupdated 2 h ago

Bekas penjaga gol Liverpool Karius, keluarga diugut bunuh

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 08:32 MYTLatest activity 10 Oct, 08:49BMconfidence 80%

What happened

Liverpool: Bekas penjaga gol Liverpool, Loris Karius mendedahkan dirinya dan keluarga menerima ugutan bunuh susulan kekalahan pasukan itu kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara (UCL) 2018 di Kyiv. (Harian Metro, 08:32)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Bekas penjaga gol Liverpool Karius, keluarga diugut bunuh

By Agensi · 10 Oct, 08:32 MYT

Liverpool: Bekas penjaga gol Liverpool, Loris Karius mendedahkan dirinya dan keluarga menerima ugutan bunuh susulan kekalahan pasukan itu kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara (UCL) 2018 di Kyiv.

Karius menyertai Liverpool pada 2016 dan pada awalnya dilihat sebagai calon penjaga gol utama jangka panjang kelab berkenaan. Dia membuat 16 penampilan dalam semua pertandingan pada musim 2016/17 sebelum tampil sebanyak 33 kali pada musim 2017/18, termasuk 13 aksi dalam UCL.

Bagaimanapun, perjalanan karier penjaga gol Jerman itu berubah selepas aksi final menentang Real Madrid.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama sebelum Karius terkena siku pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, pada minit ke-48. Pemeriksaan kemudian mendapati penjaga gol itu mengalami gegaran otak.

Ketika itu, insiden berkenaan tidak mendapat perhatian besar. Tiga minit kemudian, penyerang Real Madrid, Karim Benzema membuka tirai jaringan selepas menjangka balingan bawah lengan Karius yang ditujukan kepada Dejan Lovren.

Liverpool kemudian kembali menghidupkan peluang menerusi jaringan Sadio Mane, namun sepakan gunting akrobatik Gareth Bale meletakkan Real Madrid di depan 2-1.

Ketika Liverpool cuba memburu gol penyamaan, Karius melakukan satu lagi kesilapan pada minit ke-83 apabila gagal menampan kemas rembatan jarak jauh Bale, yang melepasi tangannya sebelum menerjah gawang Liverpool.

Kesilapan itu membantu Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-1 untuk menjulang trofi UCL.

Karius mengakui kesan gegaran otak berkenaan turut dirasai di luar padang apabila dirinya dan keluarga berdepan ancaman serius susulan kekalahan itu.

Dalam temu bual bersama podcast TOMorrow, Karius berkata keadaan menjadi begitu serius sehingga polis terpaksa mengawal kediamannya sepanjang masa.

"Saya tidak membaca ugutan itu, tetapi terdapat ugutan bunuh terhadap saya dan keluarga.

"Polis menganggap perkara itu cukup serius sehingga mereka berkawal di rumah saya 24 jam sehari. Perasaan itu sememangnya tidak menyenangkan apabila melihat polis terpaksa mengawal kediaman sendiri," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow09:00
Latest 09:28 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 08:32 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    08:32

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Karius dedah pernah diugut bunuh
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.