
Bekas perunding unit amanah didakwa jalankan aktiviti urus niaga sekuriti tanpa lesen
Only social or community posts, or a single source.
What happened
IPOH: Seorang bekas perunding unit amanah dan perunding Skim Persaraan Swasta (PRS) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas dua pertuduhan berkaitan aktiviti pasaran modal tanpa lesen. (Berita Harian, 14:50)
Read the reporting
1 report
Bekas perunding unit amanah didakwa jalankan aktiviti urus niaga sekuriti tanpa lesen
IPOH: Seorang bekas perunding unit amanah dan perunding Skim Persaraan Swasta (PRS) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas dua pertuduhan berkaitan aktiviti pasaran modal tanpa lesen.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini, Henry Tan Soong Yan, 35, didakwa atas pertuduhan pertama mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana mengemukakan dirinya sebagai menjalankan perniagaan urus niaga sekuriti tanpa lesen.
Dia turut berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 59(1) akta sama kerana mengemukakan dirinya sebagai wakil Public Bank Berhad dalam urus niaga sekuriti tanpa lesen.
Menurut SC, kesalahan mengikut Seksyen 59(1) itu didakwa dilakukan antara Januari dan September 2021, manakala kesalahan mengikut Seksyen 58(1) pada Februari 2022, dengan kedua-duanya dilakukan di Ipoh.
Soong Yan mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di hadapan Majistret Norizan Riduan dan dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan dengan memerintahkan Tan menyerahkan pasport dan melapor diri kepada Pegawai Penyiasat SC setiap dua bulan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SC Keith Loo dan Siti Sarah Kamaruzaman manakala Soong Yan diwakili Peguam Dexter Mah daripada Tetuan KS Su & Mah.
SC memaklumkan urus niaga sekuriti merupakan aktiviti terkawal dan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti berkenaan perlu memiliki lesen daripada suruhanjaya itu.
Sehubungan itu, SC mengingatkan pelabur supaya sentiasa berhati-hati sebelum menyerahkan wang atau membuat keputusan berhubung sebarang peluang pelaburan.
Orang ramai turut digesa menyemak Investment Checker SC bagi memastikan individu atau entiti berkenaan mendapat kebenaran SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.
– BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.