Malaysian Attention Engine
Live wire
42Dana tambahan RM500 juta dilulus untuk kementerian Zahid selepas terlebih belanja41Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF41Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 202639Putin lulus rombakan kerajaan Russia39Jerebu berulang, di mana ketegasan ASEAN? - Penganalisis37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35General : Data Centres' Peak Electricity Demand Expected To Reach 8.39GW By 203035Parlimen: KPM lulus projek bina semula bangunan daif di 455 sekolah33Indonesia turunkan had penolakan automatik saham kepada tujuh peratus33Business : Horizon3 Sets Up ASEAN Headquarters In Singapore33Business : Malaysia's Growth Momentum Expected To Remain Firm In 4Q 202633General : KPDN Proposes Diesel Subsidy For Kudat-Pulau Banggi Ferry Operators
NewConfirmedupdated 1 h ago

Belanjawan tidak ‘berjerebu’

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 07:00 MYTLatest activity 20 Oct, 07:00BMconfidence 80%

What happened

PUTRAJAYA: Pembangunan eko­nomi negara perlu mengambil kira keperluan rakyat di peringkat akar umbi, termasuk golongan pesawah, nelayan dan pekerja berpendapatan rendah yang berdepan tekanan kos kehidupan. (Utusan Malaysia, 07:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·3 min read

Belanjawan tidak ‘berjerebu’

By .MAISARAH SHEIKH RAHIM · 20 Oct, 07:00 MYT

PUTRAJAYA: Pembangunan eko­nomi negara perlu mengambil kira keperluan rakyat di peringkat akar umbi, termasuk golongan pesawah, nelayan dan pekerja berpendapatan rendah yang berdepan tekanan kos kehidupan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumbuhan ekonomi yang rancak, peningkatan pelaburan dan kemajuan teknologi perlu bergerak seiring dengan usaha menangani isu gaji rendah, kadar sewa rumah yang tinggi serta kenaikan harga barangan keperluan.

Beliau berkata, Malaysia masih berupaya mengembangkan ekonomi dari tahun 2026 hingga 2027 selain mengurangkan defisit fiskal meskipun keadaan ekonomi terjejas.

Katanya, pencapaian itu mencerminkan pengurusan eko­nomi yang melibatkan kerjasama seluruh jentera kerajaan, bukannya bergantung kepada seseorang menteri semata-mata.

Sehubungan itu, beliau me­ngarahkan pelaksanaan Belanjawan 2027 dibuat secara cekap dan berkesan bagi memastikan setiap dasar serta bantuan yang diumumkan kerajaan mampu memberi manfaat secara menyeluruh kepada golongan rakyat.

Menurut beliau, unjuran harga minyak pada tahun lalu yang ditetapkan pada AS$70 setong kini jauh berbeza apabila harga komoditi itu meningkat sehingga AS$120 setong.

Katanya, kenaikan harga minyak dan kos barangan memberi tekanan kepada banyak negara terutama di Eropah sehingga mencetuskan rusuhan apabila kerajaan berdepan ke­sukaran menangani keperluan asas rakyat.

“Tetapi lazimnya di semua negara harga barang akan me­lonjak naik menyebabkan ba­nyak negara, terutama di Eropah sekarang menghadapi rusuhan rakyat, tidak mampu menyelesaikan masalah asas kehidupan mereka, dari sekolah, dari gaji guru kepada gaji pekerja, kepada kemudahan asas, itu semua jadi masalah. Jadi kita tengok rusuhan yang merebak.

“Dan negara jiran juga hadapi dan kita bertambah pula dengan jerebu. Jerebu itu udara, tetapi Belanjawan tidak ‘jerebu’. Masalah (ada orang) tidak baca Belanjawan. Kalau baca, jelas angka dan datanya, dibuat de­ngan begitu teliti. Jadi boleh baca, kalau tidak boleh baca jerebulah ini,” katanya di majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan, di sini semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut melaksanakan beberapa inisiatif segera selepas pembentangan Belanjawan 2027 dibentangkan bagi memastikan rakyat menikmati manfaat secara menyeluruh.

Katanya, inisiatif segera itu termasuk pembukaan pendaftaran rumah di Bandar Madani, Bukit Jalil oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain penyaluran bantuan RM1,000 kepada setiap pemandu teksi oleh Kementerian Pengangkutan.

Beliau berkata, bantuan kepada pemandu teksi menggunakan hasil daripada pengenalan nombor pendaftaran kenderaan istimewa yang dilaksanakan secara telus sebelum hasilnya dipulangkan kepada golongan berkenaan.

“Kerajaan turut mempercepat pembangunan 10,000 unit kediaman asrama mahasiswa di Universiti Malaya bagi menangani masalah perumahan dalam kalangan penuntut universiti.

“Saya juga meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyegerakan proses kelulusan projek berkenaan bagi memastikan usaha menangani isu perumahan mahasiswa dapat dilaksanakan segera.

“Ini makna langkah-langkah diambil segera dan saya percaya Insya-Allah kalau de­ngan semangat yang ada, Ketua Se­tiausaha Negara akan adakan mesyuarat untuk memantau bersama dengan semua Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah supaya langkah-langkah pelaksanaan diambil,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut menegur golongan penjawat awam untuk segera melaksanakan tugas bagi membolehkan setiap urusan dapat disiapkan dengan kadar segera.

“Kalau upah sudah naik, mi­n­­y­ak sudah turun, ekonomi katanya begini, kita tidak bersyu­kur, kerja masih lembap, masih lambat, surat boleh dijawab satu hari dia ambil masa dua ming­gu, itu memang penyakitlah,” tegasnya.

Perdana Menteri berkata, aspek pembangunan seimbang antara negeri turut menjadi keutamaan bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi tidak hanya tertumpu di kawasan yang lebih maju.

Menurutnya, negeri yang mempunyai hasil lebih rendah tetap memerlukan peruntukan pembangunan yang meningkat bagi menangani masalah kemiskinan, tebatan banjir dan penyediaan prasarana asas.

“Kerana kalau dengar perbahasan di Parlimen, oh kita meng­aniaya, menganak tirikan negeri. Jadi kita senaraikan berapa peruntukan.

“Hasil dari negeri-negeri yang relatif miskin itu hasilnya kecil tapi belanjanya terus meningkat kerana masalah tebatan banjir, masalah kemiskinan, masalah prasarana asas harus dibangunkan,” katanya.

Anwar menegaskan kepenti­ngan memastikan pertumbuhan ekonomi disertai pengagihan pembangunan yang lebih seimbang agar negeri dan kawasan yang kurang maju tidak terus ketinggalan.

“Sebab itu kita katakan ke­serataan ekonomi. Dan ekonomi itu tidak harus menjurus kepada kepentingan rantau atau kawasan negeri yang sudah kaya,” katanya. – UTUSAN

The post Belanjawan tidak ‘berjerebu’ appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow
Latest 07:41 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 07:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Belanjawan tidak ‘berjerebu’
utusan.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
Belanjawan tidak ‘berjerebu’
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.