
Berang tidak dipedulikan ketika 'reunion' sekolah, lelaki tembak rakan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Garut, Indonesia: Hanya kerana berasa tidak dipedulikan ketika menghadiri perjumpaan bekas pelajar sekolah, seorang lelaki melepaskan tembakan menggunakan senapang angin sehingga mencederakan mata kiri rakannya sendiri di Garut, Jawa Barat, lapor Liputan6. (Harian Metro, 20:35)
Read the reporting
1 report
Berang tidak dipedulikan ketika 'reunion' sekolah, lelaki tembak rakan
Garut, Indonesia: Hanya kerana berasa tidak dipedulikan ketika menghadiri perjumpaan bekas pelajar sekolah, seorang lelaki melepaskan tembakan menggunakan senapang angin sehingga mencederakan mata kiri rakannya sendiri di Garut, Jawa Barat, lapor Liputan6.
Ketua Polis Garut, AKBP Niko N. Adi Putra, berkata suspek bertindak demikian kerana berasa tidak dihargai ketika menghadiri perjumpaan berkenaan.
"Dia merasakan dirinya tidak dipedulikan dan akhirnya tersinggung sehingga cuba melepaskan tembakan," katanya pada Sabtu.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun dikenali sebagai MH di rumah saudaranya di Gang Babakan Pogor, Desa Mangkurakyat, Kecamatan Cilawu, Kabupaten Garut, pada 9 Oktober lalu selepas memburunya selama beberapa hari.
Niko berkata, berdasarkan pemeriksaan awal, suspek mengakui memiliki senapang angin yang dibawanya sendiri ke perjumpaan berkenaan.
Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan sebelum menghalakannya ke arah mangsa, menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan pada mata kiri.
Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti sumber senapang angin berkenaan serta menentukan sama ada terdapat mangsa lain dalam kejadian itu.
Suspek berdepan pertuduhan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan penganiayaan yang menyebabkan kecederaan parah serta undang-undang darurat.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa, Pazwa Pahaludin, 15, pelajar sekolah menengah dari Kecamatan Cilawu, Garut, cedera pada mata kiri selepas terkena tembakan senapang angin ketika menghadiri perjumpaan bekas pelajar sekolah di sebuah lokasi di Kecamatan Sukawening pada 26 September lalu.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.