Malaysian Attention Engine
Live wire
70Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok51General : Haze: M'sia Still Awaiting Indonesia's Response To Firefighting Aid Offer - DPM Zahid51General : Sinkhole: JKR To Install Bailey Bridge On Gua Musang-Kota Bharu Road49Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara46World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport44General : MINDEF To Use Idle Military Land For Food Security, Veteran Welfare -- Mohamed Khaled42General : TH Depositors' Money Not Used To Fund PERKESO For Religious Workers - Zulkifli41Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar40Absence of NS exco could hamper state development, says ex-MB40General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon402 suspek curi kabel ditahan selepas kereta terbabas39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewConfirmedupdated 1 h ago

Krisis Negeri Sembilan: Jelas kepada pengundi, bukan salah BN – Johari

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
32
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
4
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 14:14 MYTLatest activity 11 Oct, 15:15BMconfidence 89%

What happened

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung krisis politik di Negeri Sembilan supaya pengundi dapat menilai situasi sebenar, termasuk dakwaan yang mengaitkan parti itu dengan kemelut berkenaan. (Kosmo!, 14:14)

Read the reporting

2 reports
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Krisis Negeri Sembilan: Jelas kepada pengundi, bukan salah BN – Johari

By AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI · 11 Oct, 14:14 MYT

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung krisis politik di Negeri Sembilan supaya pengundi dapat menilai situasi sebenar, termasuk dakwaan yang mengaitkan parti itu dengan kemelut berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani berkata, masyarakat perlu diberikan penjelasan yang jelas berhubung isu berbangkit, termasuk tuduhan yang tersebar di media sosial, sebelum membuat penilaian sendiri.

“UMNO kena explain (jelaskan) kena beritahu rakyat bahawa yang nak buat pemecatan kepada Tuanku (Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir) bukan UMNO.

“Kena jelaskan kenapa buat proclamation (pengisytiharan), kena explain (jelaskan) supaya orang faham prosedur ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bayu Seafood by White N Black di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai krisis institusi diraja Negeri Sembilan yang sudah berlarutan hampir enam bulan, dengan kebuntuan semakin meruncing selepas Pilihan Raya Negeri pada 1 Ogos lalu hingga kini sehingga disifatkan sebagai krisis perlembagaan.

Menurut beliau, rakyat mempunyai kemampuan untuk menilai kesahihan sesuatu dakwaan dan tidak seharusnya menerima bulat-bulat maklumat yang disebarkan tanpa memahami perkara sebenar.

“Masyarakat kita ini, dia bukan senang kita boleh gula-gulakan. Dia faham, dia boleh menilai, dia boleh tengok bagaimana tuduhan itu betul atau tidak ataupun mereka yang dalam media sosial ini buat macam-macam tuduhan.

“Kedua-dua pihak masing-masing ada peluang untuk menjelaskan. Akhirnya masyarakat atau rakyat yang akan memilih,”

Dalam perkembangan berkaitan, Johari berkata, BN Melaka sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan strategi dan pendekatan yang akan diperincikan bagi meyakinkan pengundi.

Beliau berkata, tempoh sekitar tiga minggu sebelum hari penamaan calon memberi ruang kepada parti itu untuk menyusun strategi serta menjelaskan pelbagai isu yang berbangkit dalam kalangan masyarakat.

Katanya, penjelasan itu penting bagi memastikan rakyat memahami pendirian parti terhadap isu semasa dan tidak bergantung semata-mata pada dakwaan yang beredar di media sosial.

“Saya rasa Barisan Nasional di Melaka sudah bersedia. Cuma masa itu ditangguhkan. Jadi, saya difahamkan hari penamaan calon pada 31 Oktober.

“Kita ada lebih kurang tiga minggu lagi sebelum hari penamaan calon. Banyak masa untuk mereka melihat bagaimana susun atur strategi dan pendekatan bagi meyakinkan rakyat,” katanya.

Mengenai pemilihan calon BN bagi PRN Melaka, Johari berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan bekerjasama dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang juga Pengerusi BN negeri, dalam menentukan calon yang akan diketengahkan.

Menurut beliau, Ketua Menteri Melaka mempunyai pengetahuan mengenai barisan pemimpin serta individu yang sesuai dipertimbangkan berdasarkan pengalaman mereka dalam pentadbiran negeri.

“Ketua Menteri Melaka dia sendiri tahu siapa yang (sesuai) dalam kerajaan di Melaka itu ataupun dalam pemimpin-pemimpin yang nak dipilih itu dia lebih faham dan dia akan berhubung direct (terus) dengan Presiden UMNO,” jelasnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka Ke-16, manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing pada 31 Oktober dan 10 November.

Sebelum ini, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berhubung pembubaran DUN Melaka Ke-15 yang berkuat kuasa pada 23 September. – KOSMO! ONLINE

The post Krisis Negeri Sembilan: Jelas kepada pengundi, bukan salah BN – Johari appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 4 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47first news pick-upNEWnow15:00
Latest 15:36 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 14:14 MYT
Origin confidence 90% · 42 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    14:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.