
Berselindung di sebalik nama pentas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Di sebalik nama besar dan populariti yang dikecapi, siapa sangka terdapat ramai selebriti Hollywood yang sebenarnya tidak menggunakan nama sebenar dalam industri hiburan. (Utusan Malaysia, 18:30)
Read the reporting
1 report
Berselindung di sebalik nama pentas
Di sebalik nama besar dan populariti yang dikecapi, siapa sangka terdapat ramai selebriti Hollywood yang sebenarnya tidak menggunakan nama sebenar dalam industri hiburan.
Meskipun nama mereka cukup dikenali di seluruh dunia, tidak ramai mengetahui identiti asal bintang-bintang ini yang jauh berbeza daripada nama yang digunakan ketika bergelar anak seni.
Ada yang memilih nama pentas bagi membina identiti tersendiri, manakala sebahagiannya mendapat inspirasi daripada pengalaman hidup dan gelaran sejak kecil.
Berikut lima selebriti Hollywood yang berselindung di sebalik nama pentas yang dikenali sehingga hari ini:-
The Weeknd
Dilahirkan pada 16 Februari 1990, nama sebenar penyanyi, The Weeknd ialah Abel Makkonen Tesfaye. Penyanyi lagu Blinding Lights itu memilih menggunakan nama pentas The Weeknd kerana pengalamannya meninggalkan rumah keluarga ketika berusia 17 tahun pada suatu hujung minggu dan tidak kembali lagi.
Bagaimanapun, ejaan ‘Weekend’ diubah menjadi ‘Weeknd’ dengan menggugurkan huruf ‘e’ bagi mengelakkan pertindihan dengan nama sebuah kumpulan muzik yang sudah wujud.
Pemilihan nama The Weeknd menjadi sebahagian daripada identiti seninya sehingga berjaya mencipta populariti menerusi lagu hitsnya seperti Starboy dan Save Your Tears.
Lady Gaga
Penyanyi dan pelakon terkenal, Lady Gaga sebenarnya dilahirkan dengan nama Stefani Joanne Angelina Germanotta. Bagaimanapun, dia memilih menggunakan nama pentas Lady Gaga ketika memulakan kerjaya dalam industri muzik.
Nama tersebut diinspirasikan daripada lagu Radio Ga Ga yang dipopularkan oleh kumpulan rock legenda Britain, Queen. Nama itu mula dikaitkan dengannya ketika bekerjasama dengan penerbit muzik, Rob Fusari yang sering membandingkan gaya persembahannya dengan vokalis Queen, Freddie Mercury.
Nama tersebut bukan sahaja membantu penyanyi lagu Poker Face itu membina identiti tersendiri, malah menjadi sebahagian daripada imej unik yang sinonim dengan dirinya.
Miley Cyrus
Nama sebenar penyanyi dan pelakon, Miley Cyrus ialah Destiny Hope Cyrus. Penyanyi yang dilahirkan pada 23 November 1992 di Tennessee, Amerika Syarikat itu lebih dikenali sebagai Miley kerana panggilan manja daripada bapanya yang juga penyanyi, Billy Ray Cyrus.
Nama tersebut berasal daripada perkataan ‘Smiley’ kerana penyanyi itu sering tersenyum ketika kecil. Gelaran tersebut kemudiannya dipendekkan menjadi Miley sebelum dia menukarnya secara sah kepada Miley Ray Cyrus pada 2008.
Miley mula mencipta populariti menerusi siri Disney Channel, Hannah Montana sebelum mengembangkan kerjaya sebagai penyanyi solo. Dia kemudiannya meraih kejayaan menerusi lagu Wrecking Ball, We Can’t Stop dan Flowers yang mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik antarabangsa.
Lana Del Rey
Dilahirkan dengan nama Elizabeth Woolridge Grant pada 21 Jun 1985 di New York, penyanyi, Lana Del Rey memilih nama pentas tersebut kerana terinspirasi dengan suasana dan budaya Miami serta pengaruh bahasa Sepanyol yang dianggap sesuai dengan imej muzik yang ingin diketengahkannya.
Sebelum dikenali sebagai Lana Del Rey, penyanyi itu pernah menggunakan nama Lizzy Grant. Kini, penyanyi lagu Yound and Beautiful itu dikenali dengan gaya muzik melankolik dan lirik puitis serta penampilan yang diinspirasikan daripada fesyen Hollywood era 1920-an hingga 1960-an.
Bruno Mars
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Bruno Mars dilahirkan dengan nama sebenarnya Peter Gene Hernandez pada 8 Oktober 1985 di Honolulu, Hawaii.
Nama gelaran tersebut telah diberikan oleh bapanya sejak kecil kerana wajahnya dikatakan menyerupai ahli gusti terkenal, Bruno Sammartino. Sementara itu, nama Mars pula dipilih bagi mewujudkan identiti pentas yang lebih unik dan mudah diingati.
The post Berselindung di sebalik nama pentas appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia18:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.