
Beto Kusyairy julang trofi Pelakon Terbaik AACA
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Beto Kusyairy julang trofi Pelakon Terbaik AACA (Google News Malaysia (BM), 10:41)
Read the reporting
1 report
Beto Kusyairy julang trofi Pelakon Terbaik AACA
puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon, Beto Kusyairy, 46, terus melakar nama di persada seni apabila diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan - Pelakon Lelaki Terbaik (National Winner - Best Actor in a Leading Role) menerusi lakonan cemerlangnya dalam naskhah Good Boys Go to Heaven di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2026.
Kejayaan membanggakan itu dikongsikan menerusi hantaran rasmi di Instagram Asian Academy Creative Awards, semalam.
Menerusi hantaran itu, kemenangan berkenaan sekali gus melayakkan Beto untuk membawa cabaran Malaysia ke peringkat Grand Gala Akhir AACA yang dijadualkan berlangsung pada 3 Disember depan.
Di pentas akhir itu nanti, Beto bakal berentap bagi merebut trofi emas (Golden Statuette) yang diidamkan ramai.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen hantaran berkenaan, Beto yang melakonkan watak Yasser dalam Good Boys Go To Heaven melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan terbabit.
"Terima kasih AACA..semoga malam Grand Gala nanti dipenuhi dengan detik-detik hebat, tetamu yang gembira dan memori indah," tulisnya ringkas.
Selain itu, terdapat rakan artis seperti Azhan Rani, Tiz Zaqyah serta Nabila Huda yang turut membanjiri ruangan komen di hantaran berkenaan.
Peringkat akhir AACA dijadualkan berlangsung di Singapura pada Disember depan, manakala pemenang bagi setiap kategori dari seluruh Asia akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)10:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.