
Bimbang keselamatan keluarga, penduduk Pangsapuri Damai Perdana pilih berpindah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Beberapa keluarga di Pangsapuri Damai Perdana, Cheras, di sini, mengambil keputusan berpindah dari kediaman masing-masing atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kawasan berkenaan bulan lalu. (Berita Harian, 14:44)
Read the reporting
2 reports
Tanah runtuh cetus kebimbangan, penduduk Damai Perdana tinggalkan kediaman
hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Beberapa keluarga di Pangsapuri Damai Perdana, Cheras di sini, mengambil keputusan berpindah dari kediaman masing-masing atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kawasan berkenaan, bulan lalu.
Tinjauan mendapati penduduk mengambil kesempatan pada cuti hujung minggu untuk mengeluarkan barangan dari kediaman mereka sebagai persediaan untuk berpindah.
Pekerja swasta, Selamat Mat Zain, 48, berkata, dia membuat keputusan itu kerana bimbang terhadap keselamatan keluarganya dan berpendapat masih tiada jaminan keselamatan daripada pihak berwajib.
"Saya membuat keputusan berpindah kerana risau akan keselamatan keluarga. Walaupun sudah dibenarkan pulang, namun tiada jaminan keselamatan di sini.
"Tiada kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh mana-mana pihak susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman kami," katanya ketika ditemui di pangsapuri itu, hari ini.
Beliau berkata, penduduk turut berdepan masalah lain termasuk ketiadaan bekalan air.
"Saya akan berpindah ke rumah baharu mulai esok bagi menjamin keselamatan keluarga kerana bimbang kejadian sama berulang," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan penduduk yang tinggal berhampiran cerun di Pangsapuri Damai Perdana diarahkan berpindah susulan kejadian tanah runtuh berhampiran bangunan berkenaan pada 22 September lalu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.03 malam berhubung kejadian berhampiran Blok D pangsapuri berkenaan.
Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada kebocoran paip air bawah tanah manakala cerun yang terjejas dianggarkan berketinggian kira-kira empat meter.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:44
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.