
Bintang China, Zhang Linghe dilantik duta Kempen Taobao Global Double 11
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kuala Lumpur : Platform e-dagang terkemuka, Taobao Tmall World (Taobao), mengumumkan kerjasama strategik bersama pelakon popular China, Zhang Linghe sempena pelancaran kempen jualan tahunan Jualan 11.11 Taobao (Double 11). (Harian Metro, 23:21)
Read the reporting
1 report
Bintang China, Zhang Linghe dilantik duta Kempen Taobao Global Double 11
Kuala Lumpur : Platform e-dagang terkemuka, Taobao Tmall World (Taobao), mengumumkan kerjasama strategik bersama pelakon popular China, Zhang Linghe sempena pelancaran kempen jualan tahunan Jualan 11.11 Taobao (Double 11).
Kerjasama ini menyaksikan pelancaran filem jenama terbaharu di seluruh dunia serta promosi pengiklanan luar (OOH) secara besar-besaran, termasuk papan iklan video, kereta api transit bertema khas dan paparan 3D tanpa cermin mata di mercu tanda bandar utama antarabangsa.
Bermula dengan kempen Double 11, pelantikan Zhang Linghe bertujuan mengajak pengguna rentas sempadan meneroka enam pengalaman membeli-belah baharu yang dipertingkatkan di aplikasi Taobao, iaitu Kualiti (Quality), Cita Rasa (Taste), Gaya Hidup (Lifestyle), Trendi (Trendy), Pintar (Smart), dan Kejutan (Surprise).
Melalui kerjasama ini, aplikasi Taobao turut memperkenalkan antaramuka khas bertemakan bintang drama bersiri popular itu, selain melancarkan kempen "Daily Treasure Hunt" dari 14 Oktober hingga 13 November ini.
Pengguna di pasaran seperti Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Thailand berpeluang mengumpul "Ling Points" untuk menebus ganjaran eksklusif, barangan edisi terhad, serta membuka akses kepada lapan video di sebalik tabir Zhang Linghe.
Bukan itu sahaja, Zhang Linghe dijadualkan muncul dalam sesi siaran langsung eksklusif menerusi aplikasi Taobao untuk berinteraksi bersama peminat dari 11 pasaran serentak.
Menambahkan lagi kehangatan kempen di rantau Asia Tenggara, kempen fizikal bertemakan Zhang Linghe bakal diadakan di beberapa lokasi ikonik seperti Kuala Lumpur, Bangkok dan Hong Kong.
Bagi peminat tempatan, acara fizikal tersebut dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 24 Oktober ini, di mana pengunjung berpeluang menikmati pengalaman interaktif dan membawa pulang barangan edisi terhad.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro23:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.