
Samun kabel ECRL, TM di Temerloh: Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista tumpas, 17 ditahan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Samun kabel ECRL, TM di Temerloh: Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista tumpas, 17 ditahan (Harian Metro, 22:59)
Read the reporting
4 reports
Samun kabel ECRL, TM di Temerloh: Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista tumpas, 17 ditahan
am@hmetro.com.my
Temerloh: Empat kumpulan yang dipercayai aktif menyamun dan mencuri kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Telekom Malaysia (TM) di daerah ini akhirnya tumpas susulan penahanan 17 lelaki dalam beberapa serbuan sejak 12 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata kumpulan itu dikenalpasti sebagai Geng Ravi, Geng Kepala, Geng Dany dan Geng Mista.
Katanya, ahli empat kumpulan itu berjaya ditahan menerusi beberapa operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh bersama Task Force Cegah Jenayah Balai Polis Mentakab.
"Seramai 12 daripada suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang daripadanya mempunyai 15 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Nasyim berkata sepanjang September hingga bulan ini dua kes samun di stor simpanan kabel ECRL dan lima kes kecurian kabel TM dilaporkan di Temerloh, Mentakab serta Lanchang dengan kerugian dianggarkan RM75,000.
Katanya, susulan itu operasi pertama dilakukan bermula 12 hingga 15 Oktober lalu yang berjaya menumpaskan Geng Ravi selepas lima lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan di sekitar Mentakab.
"Polis turut merampas lori satu tan jenis Mitsubishi serta beberapa potongan besi tiang, manakala dua lagi suspek masih bebas," katanya.
Mohd Nasyim berkata, pada 14 Oktober, pihaknya berjaya menumpaskan Geng Kepala dengan penahanan tujuh lelaki berusia antara 30 hingga 45 tahun di sekitar Kuala Krau dan Mentakab.
Katanya, polis merampas dua kenderaan pacuan empat roda, beberapa gelong kabel bertanda ECRL Property, lima batang potongan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta peralatan memproses kabel.
"Pada 18 Oktober pula, seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai anggota Geng Dany ditahan di Mentakab bersama sebuah Perodua Myvi, beberapa gelong kabel dipercayai milik TM serta peralatan memotong kabel.
"Suspek mempunyai 15 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain siasatan mendapati kumpulan itu sebelum ini turut aktif mencuri kabel TM di sekitar Kuala Lumpur," katanya.
Mohd Nasyim berkata, operasi diteruskan awal pagi tadi dengan penahanan empat lelaki berusia antara 22 hingga 31 tahun yang dipercayai anggota Geng Mista di Bukit Desa Semantan, dekat sini.
Katanya, polis merampas sebuah Mitsubishi Triton, beberapa gelong kabel, 27 keratan kabel dipercayai milik TM serta peralatan menarik dan memotong kabel.
"Siasatan mendapati semua suspek Geng Mista mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain positif methamphetamine.
"Ketua Geng Mista juga dikenal pasti sebagai anggota Geng Kepala yang ditumpaskan pada 14 Oktober lalu, manakala seorang lagi suspek masih bebas," katanya.
Mohd Nasyim berkata, semua suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395, 379 dan 431A Kanun Keseksaan serta Seksyen 235(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 3.0× the previous hour (3 vs 1 mentions)
- Current hour is 2.8 standard deviations above this event's own baseline
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro22:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Free Malaysia Today, Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.