Malaysian Attention Engine
Live wire
64RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202757World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix56Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok51Kawal ketat kegiatan pencampuran minyak demi imej negara - Pakar maritim47General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar46World : Hurricane Isaias Makes Landfall In Florida45General : PMD (Religious Affairs) Acts Over Video Allegedly Showing Muslim In Non-Islamic Ritual44Special task force to probe RM350,000 bribe claims against MACC officer42General : Syed Saddiq, Bella Astillah Officially Wed41Malaysia, Mesir meterai empat MoU perkukuh kerjasama dua hala41Nahas 11 kenderaan: Pemandu lori positif dadah | Sinar Harian40Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Bintang muda sensasi Arsenal terima pengiktirafan tiga Rekod Dunia Guinness

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 18:37 MYTLatest activity 10 Oct, 18:37BMconfidence 60%

What happened

London: Bintang muda Arsenal, Max Dowman, mencipta sejarah apabila menerima tiga pengiktirafan Rekod Dunia Guinness susulan kempen cemerlangnya bersama kelab itu musim lalu. (Harian Metro, 18:37)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Bintang muda sensasi Arsenal terima pengiktirafan tiga Rekod Dunia Guinness

By Agensi · 10 Oct, 18:37 MYT

London: Bintang muda Arsenal, Max Dowman, mencipta sejarah apabila menerima tiga pengiktirafan Rekod Dunia Guinness susulan kempen cemerlangnya bersama kelab itu musim lalu.

Dowman, 16, mencipta ketiga-tiga rekod berkenaan ketika pengendali Arsenal, Mikel Arteta, mula memberinya peluang beraksi bersama skuad utama secara berperingkat.

November lalu, Dowman menjadi pemain termuda beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA apabila dimasukkan sebagai pemain gantian menentang Slavia Prague.

Ketika membuat penampilan sulung dalam kejohanan itu, Dowman berusia 15 tahun dan 308 hari, sekali gus memecahkan rekod terdahulu milik pemain Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko, dengan perbezaan usia 75 hari.

Pemain sayap itu kemudian mencipta sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menjadi penjaring termuda dalam pertandingan berkenaan pada usia 16 tahun dan 73 hari. Dia mencatat rekod itu ketika membantu Arsenal menewaskan Everton 2-0 pada Mac lalu.

Dowman memecahkan rekod lama milik James Vaughan yang berusia 16 tahun dan 271 hari ketika menjaringkan gol untuk Everton menentang Crystal Palace pada 2005. Menariknya, Arteta turut beraksi untuk Everton dalam perlawanan berkenaan.

Rekod ketiga hadir pada penghujung musim apabila Dowman menjadi pemain termuda memenangi gelaran EPL pada usia 16 tahun dan 144 hari.

Dowman menerima tiga sijil rasmi Rekod Dunia Guinness dalam satu majlis penyampaian di Arsenal.

Dia turut menerima buku Guinness World Records Football Edition 2027, yang menampilkan profilnya sebagai pemain pertama dalam senarai Class of '27.

"Sebagai pemain termuda dalam senarai kami, Max menggambarkan sepenuhnya apa yang ingin diketengahkan menerusi Class of '27," kata editor kanan Guinness World Records Football Edition 2027, Tom Beckerlegge.

"Berjaya mencipta tiga rekod dunia Guinness sebelum berusia 17 tahun adalah sesuatu yang luar biasa. Kisahnya menggambarkan sebab generasi pemain ini begitu mengujakan.

"Bola sepak tidak pernah berhenti berkembang. Rekod dipecahkan, bintang baharu muncul dan setiap musim menyaksikan aksi luar biasa yang memeriahkan sukan ini.

"Guinness World Records Football Edition 2027 meraikan semua itu, daripada bintang terbesar bola sepak dunia hingga pemain muda yang kisah mereka baru sahaja bermula."

Antara pemain lain yang turut tersenarai dalam Class of '27 ialah Lamine Yamal, Jude Bellingham, Cole Palmer, Erling Haaland dan Kylian Mbappe.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow19:00
Latest 19:41 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 18:37 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    18:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.