
Malaysia, Mesir meterai empat MoU perkukuh kerjasama dua hala
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PUTRAJAYA: Malaysia dan Mesir memeterai empat memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan dan pelaburan. (Berita Harian, 15:22)
Read the reporting
2 reports
Malaysia, Mesir meterai empat MoU perkukuh kerjasama dua hala
PUTRAJAYA: Malaysia dan Mesir memeterai empat memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan dan pelaburan.
Pemeteraian MoU itu membabitkan beberapa kementerian dan agensi kedua-dua negara sebagai usaha memperluas kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama.
Pertukaran MoU mengenai kerjasama dalam pemerkasaan wanita membabitkan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, serta Menteri Luar, Kerjasama Antarabangsa dan Ekspatriat Mesir, Dr Badr Ahmed Mohamed Abdelatty.
MoU dalam bidang pendidikan tinggi membabitkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Abdelatty.
Bagi sektor pelancongan, MoU berkenaan dimeterai oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, bersama Abdelatty.
MoU keempat membabitkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Pihak Berkuasa Am bagi Pelaburan dan Zon Bebas Mesir.
Pertukaran MoU itu membabitkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Pelaburan dan Perdagangan Asing Mesir, Dr Mohamed Farid Saleh.
Pertukaran keempat-empat MoU disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
El-Sisi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke Malaysia bermula semalam atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.