
Bonnie tekad pertahan emas Sukan Para Asia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin bersedia untuk mempertahankan kilauan pingat emas buat kali kedua berturut-turut apabila bakal beraksi dalam Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026. (Utusan Malaysia, 08:30)
Read the reporting
1 report
Bonnie tekad pertahan emas Sukan Para Asia
PETALING JAYA: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin bersedia untuk mempertahankan kilauan pingat emas buat kali kedua berturut-turut apabila bakal beraksi dalam Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Keyakinan itu disuarakan oleh jurulatihnya, Mohammad Shahibullah Ambi selepas mengakui Bonnie dalam keadaan terbaik bagi menggalas cabaran negara di temasya terbesar Asia itu.
Jelasnya, selepas Bonnie membawa pulang gangsa Sukan Komanwel Glasgow, Julai lalu, perancangan taktikal dan persiapan lebih rapi dilakukan demi memastikan pingat emas berjaya dibawa pulang.
“Kali ini kami perlu lebih berhati-hati, sebelum ini dia dapat gangsa di Sukan Komanwel di mana kami guna formula angkatan dan pada percubaan ketiganya memang kami tak puas hati.
“Keadaan Bonnie berada dalam keadaan terbaik dan dia memberikan fokusnya malah berkeyakinan tinggi bagi menghadapi Sukan Para Asia ini. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada rezeki,” katanya.
Bonnie mula beraksi di pentas Sukan Asia pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang dengan meraih perak sebelum memperbaiki pencapaiannya untuk merangkul pingat emas di Hangzhou 2022.
Dalam pada itu, Shahibullah berkata, walaupun keadaan tubuh fizikal Bonnie berada di tahap terbaik namun mereka masih perlu berhati-hati agar kecederaan yang ditimpanya sebelum ini tidak berulang.
“Sebelum ini dia pernah cedera ketika beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024. Jadi, regim latihan tidak boleh terlalu mendesak,” katanya.
Sebagai rekod, Bonnie terpaksa melawan kesakitan di bahagian bahu kirinya ketika mempertahankan emas kategori lelaki 72 kilogram (kg) sekali gus memecahkan rekod dunia miliknya pada Sukan Paralimpik Paris 2024. – UTUSAN
The post Bonnie tekad pertahan emas Sukan Para Asia appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.