Malaysian Attention Engine
Live wire
65RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202756Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi48Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor46Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM45Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri4529 warga China, Kemboja disyaki 'scammer' didenda hingga RM10,000 atas kesalahan imigresen45General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry432 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,00042Zara’s mum chokes up as voice recording plays during inquest41Trump says he will not attack before US elections in November41General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am40PRN Melaka: PKR sedang muktamad calon, umum dua atau tiga minggu lagi
NewUnconfirmedupdated 20 h ago

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Risiko Geopolitik

Only social or community posts, or a single source.

Attention
7
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 18:31 MYTLatest activity 8 Oct, 18:31BMconfidence 60%

What happened

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Risiko Geopolitik (Google News Malaysia (BM), 18:31)

Read the reporting

1 report
Photo: bernamabiz.com
bernamabiz.com·News·BM·3 min read

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Risiko Geopolitik

8 Oct, 18:31 MYT

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dan terus berdepan tekanan jualan menjelang pengumuman Belanjawan 2027 esok berikutan lonjakan semula harga minyak serta ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat yang terus menjejaskan sentimen risiko.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 10.77 mata kepada 1,601.01 berbanding 1,611.78 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.67 mata lebih tinggi kepada 1,613.45, yang juga paras tertinggi harian, sebelum mencecah paras terendah 1,597.94 pada sesi pertengahan pagi.

Dalam pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 813 berbanding 378 manakala 482 kaunter tidak berubah, 2,828 tidak didagangkan dan 13 yang lain digantung dagangan.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata harga minyak mentah Brent meningkat lebih tiga peratus, didorong kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjadi lebih buruk.

“Bagi ekuiti Malaysia, gandingan harga tenaga yang lebih tinggi, ketidaktentuan geopolitik dan aktiviti jualan berterusan oleh pelabur asing semakin menjadi faktor penghalang penting dalam jangka pendek.

“Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih bagi 10 hari dagangan berturut-turut setakat semalam, sekali gus mengehadkan kemampuan pasaran untuk menyerap kejutan luaran walaupun terdapat harapan terhadap Belanjawan 2027,” katanya.

Beliau berpendapat FBM KLCI dijangka kekal tidak menentu dalam masa terdekat, dengan arah aliran harga minyak, aliran dana asing serta perkembangan ketegangan AS-Iran dijangka lebih mempengaruhi pasaran berbanding pemangkin domestik menjelang Belanjawan 2027.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM12.90, manakala Maybank dan CIMB masing-masing susut tujuh sen kepada RM9.80 dan RM7.26; Public Bank turun empat sen kepada RM4.55 dan IHH Healthcare berkurangan dua sen kepada RM7.88.

Bagi dagangan aktif, Top Glove menambah dua sen kepada 87.5 sen, V.S Industry naik setengah sen kepada 33 sen, JAKS Resources meningkat satu sen kepada 18.5 sen, Zetrix AI turun setengah sen kepada 7.5 sen manakala PUC kekal tidak berubah pada empat sen.

Antara kaunter paling untung, Petronas Gas meningkat 54 sen kepada RM17.80, Nestle naik 42 sen kepada RM89.44, Hengyuan Refining Company menokok 26 sen kepada RM3.77, Chin Teck Plantations menambah 26 sen kepada RM10.54, Bus Cap melonjak 18 sen kepada 99.5 sen manakala Gas Malaysia naik 15 sen kepada RM5.40.

Malaysian Pacific Industries mendahului senarai kaunter paling rugi apabila susut RM1.70 kepada RM43.50, Dutch Lady Milk Industries turun 46 sen kepada RM29.24, United Plantations berkurangan 78 sen kepada RM30.40, Kuala Lumpur Kepong rendah 56 sen kepada RM20.54 dan UMS Integration menyusut 50 sen kepada RM8.80.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 menyusut 216.42 mata kepada 17,537.07, Indeks FBM Emas susut 95.19 mata kepada 12,029.76, Indeks FBM Top 100 turun 96.87 mata kepada 11,805.11, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 87.32 mata kepada 12,059.83 manakala Indeks FBM ACE susut 27.60 mata kepada 5,594.78.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.05 mata kepada 178.83, Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 184.87 mata kepada 18,378.45, Indeks Tenaga meningkat 0.37 mata kepada 839.34 manakala Indeks Perladangan merosot 106.25 mata kepada 8,869.79.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.88 bilion unit bernilai RM3.09 bilion daripada 2.40 bilion unit bernilai RM3.15 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.08 bilion unit bernilai RM155.11 juta daripada 939.82 juta unit bernilai RM143.09 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 546.33 juta unit bernilai RM217.71 juta berbanding 489.99 juta unit bernilai RM227.12 juta sebelumnya.

Sementara itu, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 199.19 juta saham di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (375.18 juta), pembinaan (167.81 juta), teknologi (495.78 juta), perkhidmatan kewangan (119.03 juta), hartanah (71.79 juta), perladangan (33.92 juta), amanah pelaburan hartanah (13.51 juta), dana tertutup (218,400), tenaga (74.29 juta), penjagaan kesihatan (194.62 juta), telekomunikasi dan media (48.38 juta), pengangkutan dan logistik (37.89 juta), utiliti (50.94 juta) serta amanah perniagaan (38,800).

-- BERNAMA

.

Text and pictures from bernamabiz.com, shown with attribution.Read at bernamabiz.com

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 11NEWnow08:0011:0014:00
Latest 15:01 MYT
7New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 18:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    18:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Risiko Geopolitik · Malaysian Attention Engine