
Burung pemangsa dari Mongolia dilelong RM1.5 juta
Only social or community posts, or a single source.
What happened
RIYADH – Seekor burung pemangsa falkon dari Mongolia dijual pada harga SR1.4 juta (RM1.5 juta), sekali gus mencatatkan rekod baharu dalam lelongan burung pemangsa Mongolia di Pameran Burung Pemangsa dan Pemburuan Antarabangsa Saudi di Arab Saudi, lapor saluran berita Arab News. (Kosmo!, 17:00)
Read the reporting
1 report
Burung pemangsa dari Mongolia dilelong RM1.5 juta
RIYADH – Seekor burung pemangsa falkon dari Mongolia dijual pada harga SR1.4 juta (RM1.5 juta), sekali gus mencatatkan rekod baharu dalam lelongan burung pemangsa Mongolia di Pameran Burung Pemangsa dan Pemburuan Antarabangsa Saudi di Arab Saudi, lapor saluran berita Arab News.
Jualan tersebut berlaku pada malam kelima lelongan berkenaan, menyaksikan tiga ekor burung pemangsa daripada spesies saker muda dijual pada jumlah keseluruhan SR1.651 juta (RM1.8 juta)
Burung pertama dijual pada harga SR151,000 (RM160,000) manakala burung kedua bernilai SR100,000 (RM108,000).
Bidaan bagi burung ketiga bermula pada SR100,000 (RM108,000) sebelum melonjak sehingga SR1.4 juta (RM1.5 juta), menjadikannya burung pemangsa termahal yang pernah dijual di lelongan tersebut setakat ini.
Pameran itu telah menyediakan kawasan khas untuk burung pemangsa dari Mongolia buat tahun kedua berturut-turut, mencerminkan popularitinya dalam kalangan peminat burung pemangsa di Arab Saudi dan rantau sekitar.
Ia menampilkan burung pemangsa dari Mongolia, terutamanya daripada spesies saker, yang amat dihargai kerana saiznya yang besar, kepak yang lebar serta ketahanannya.
Bulunya mempunyai pelbagai variasi warna daripada rona terang hingga coklat tua, sekali gus menawarkan kepelbagaian yang dinilai tinggi oleh para peminat dan pembela burung pemangsa. – AGENSI
The post Burung pemangsa dari Mongolia dilelong RM1.5 juta appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.