
Hakim Danish jadi tarikan, 80 peratus tiket MotoGP Malaysia 2026 terjual
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SEBANYAK 80 peratus tiket bagi Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah habis dijual, mencerminkan sambutan menggalakkan daripada peminat terhadap penampilan sulung pelumba negara, Hakim Danish Ramli, di laman sendiri dalam saingan Moto3.Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pencapaian Hakim Danish menaiki podium dan meraih kemenangan pada musim pertamanya dalam kejuaraan dunia itu merupakan detik bersejarah yang membanggakan negara.Beliau turut menggesa peminat sukan permotoran tempatan, termasuk mereka yang bukan peminat tegar, su (Sinar Harian, 18:25)
Read the reporting
1 reportHakim Danish jadi tarikan, 80 peratus tiket MotoGP Malaysia 2026 terjual
SEBANYAK 80 peratus tiket bagi Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah habis dijual, mencerminkan sambutan menggalakkan daripada peminat terhadap penampilan sulung pelumba negara, Hakim Danish Ramli, di laman sendiri dalam saingan Moto3.Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pencapaian Hakim Danish menaiki podium dan meraih kemenangan pada musim pertamanya dalam kejuaraan dunia itu merupakan detik bersejarah yang membanggakan negara.Beliau turut menggesa peminat sukan permotoran tempatan, termasuk mereka yang bukan peminat tegar, supaya hadir beramai-ramai ke litar bagi memberikan sokongan kepada pelumba muda berbakat itu."Pada tahun pertamanya, Hakim Danish telah menunjukkan prestasi yang sangat baik. Sebelum ini, kita tahu bukan mudah untuk menaiki podium, namun beliau telah membuktikan kemampuannya dan malah meraih kemenangan."Ini merupakan tahun yang istimewa kerana kita mempunyai Hakim Danish. Saya berharap semua peminat dan orang ramai datang ke SIC untuk memberikan sokongan kepada bakat tempatan kita yang akan beraksi dalam kategori Moto3," katanya pada sidang media MotoGP Malaysia 2026 di sini hari ini.Hakim Danish, pelumba kelahiran Terengganu, mencipta sejarah apabila menduduki tempat ketiga pada GP Itali pada 1 Jun lepas sebelum muncul juara GP Czechia pada 22 Jun.Azhan Shafriman bagaimanapun mengakui prestasi pelumba muda itu sedikit tidak konsisten musim ini, namun berharap beliau dapat kembali menemui rentak terbaik dalam baki perlumbaan."Dari segi prestasi, beliau mengalami sedikit turun naik tahun ini. Saya berharap beliau dapat bangkit pada separuh kedua musim ini dan memberikan saingan dalam perlumbaan yang masih berbaki," katanya.Beliau berkata, SIC menyasarkan kehadiran 200,000 penonton sepanjang MotoGP Malaysia 2026, selain menawarkan kemasukan percuma ke kawasan litar dan persekitarannya pada Jumaat bagi menggalakkan lebih ramai peminat hadir lebih awal.Tahun lepas, GP Malaysia mencatatkan kehadiran 190,977 penonton sepanjang tiga hari acara perlumbaan.Mengenai kemudahan parkir, beliau berkata SIC akan berusaha mengekalkan kadar caj seperti tahun lepas, manakala motosikal dibenarkan memasuki kawasan litar.MotoGP Malaysia 2026 dijadual berlangsung di SIC dari 30 Oktober hingga 1 November ini, sekali gus menandakan tahun ke-35 penglibatan Malaysia dalam kejohanan MotoGP sejak 1991. SIC mula menjadi tuan rumah perlumbaan itu pada 1999. - Bernama
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 4 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian18:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.