
Camara sah sertai Haas musim depan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
London: Pendahulu kejuaraan Formula Dua (F2), Rafael Camara bakal membuat penampilan sulung dalam Formula Satu (F1) musim depan selepas mengikat kontrak bersama Haas. (Harian Metro, 23:04)
Read the reporting
2 reports
Camara sah sertai Haas musim depan
London: Pendahulu kejuaraan Formula Dua (F2), Rafael Camara bakal membuat penampilan sulung dalam Formula Satu (F1) musim depan selepas mengikat kontrak bersama Haas.
Pasukan berpangkalan di Amerika Syarikat itu mengesahkan pelantikan pelumba Brazil berusia 21 tahun berkenaan pada Khamis, sekali gus membuka laluan buatnya beraksi di pentas tertinggi sukan permotoran dunia.
Camara yang juga pelumba Akademi Ferrari kini mendahului kedudukan keseluruhan F2 dengan kelebihan tujuh mata mengatasi pencabar dari Bulgaria, Nikola Tsolov, ketika saingan berbaki dua pusingan.
Dia sebelum ini turut membuktikan kemampuan apabila muncul juara Formula Tiga (F3) musim lalu.
Kehadiran Camara menyaksikan dia mengisi kekosongan ditinggalkan pelumba Perancis, Esteban Ocon yang bakal meninggalkan Haas pada penghujung musim ini.
Rakan sepasukannya, Oliver Bearman yang juga produk Akademi Ferrari dijangka kekal bersama pasukan itu untuk musim depan.
Camara bakal menjadi pelumba Brazil kedua dalam grid F1 musim depan selepas Gabriel Bortoleto yang kini mewakili Audi.
Ketua pasukan Haas, Ayao Komatsu menyifatkan Camara sebagai bakat muda luar biasa yang sudah menunjukkan potensi besar menerusi pencapaiannya dalam kategori junior.
"Saya sangat teruja untuk mendapatkan khidmat bakat muda yang hebat ini.
"Saya tidak perlu mengingatkan semua orang mengenai pencapaiannya dalam kategori junior kerana rekodnya memang mengagumkan.
"Pada musim pertama dalam F2, dia menunjukkan kepantasan dalam situasi sukar, termasuk sesi kelayakan di Monaco dan Montreal. Itu membuktikan potensi yang dimilikinya," katanya dalam satu kenyataan.
Komatsu turut memuji prestasi Camara ketika menjalani ujian menggunakan jentera Haas VF-25 di Portugal pada Ogos lalu, apabila dia berjaya menyesuaikan diri meskipun mempunyai masa terhad untuk memahami kereta berkenaan.
Camara berkata, peluang menyertai F1 adalah langkah penting dalam kariernya dan dia kini mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi cabaran baharu itu.
"Masih banyak yang perlu dipelajari dan saya tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan pasukan, memahami jentera serta terus meningkatkan kemampuan sebagai pelumba," katanya.
Pelantikan itu turut menutup peluang segera buat pelumba simpanan Australia, Jack Doohan untuk kembali mendapatkan tempat sebagai pelumba sepenuh masa selepas berpisah dengan Alpine musim lalu.
Haas kini menduduki tangga ketujuh daripada 11 pasukan dalam kedudukan pengeluar menjelang Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, Texas, minggu depan.
Bearman menjadi penyumbang mata terbesar pasukan itu setakat ini dengan mengumpul 23 daripada keseluruhan 30 mata Haas.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro23:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.