Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi51World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia45MB N Sembilan akan hadapi usul tidak percaya?45General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon44General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar43Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM41Budget 2027: Early schooling aid increased to RM200 for every student41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m40Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori40Peminjam tertunggak PTPTN dialu-alukan runding struktur semula bayaran balik39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewConfirmedupdated 57 min ago

Cayden ada darah Malaysia, FAM perlu segera pancing

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
3
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 12:33 MYTLatest activity 10 Oct, 13:28BMconfidence 86%

What happened

Cayden ada darah Malaysia, FAM perlu segera pancing (Google News Malaysia (BM), 12:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Cayden ada darah Malaysia, FAM perlu segera pancing

By Firdaus Hashim · 10 Oct, 12:38 MYT

KUALA LUMPUR: Pemain muda Middlesbrough, Cayden Cole mengakui mempunyai pertalian darah dengan Malaysia sekali gus mencetuskan harapan penyokong tempatan untuk melihat anak bekas penyerang England, Carlton Cole itu menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti.

Cayden yang berusia 18 tahun dan kini beraksi bersama Middlesbrough selepas meninggalkan Hull City, mendedahkan nenek sebelah ibunya berasal dari Beranang, Selangor, sekali gus membuka peluang buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meneliti kelayakannya untuk mewakili skuad kebangsaan.

Perkembangan itu hadir ketika Malaysia terus memberi perhatian kepada pemain warisan yang beraksi di luar negara dalam usaha memperluas pilihan pemain dan memperkukuh skuad kebangsaan dengan bakat yang mempunyai pendedahan bola sepak di Eropah.

Usaha berkenaan menjadi antara pilihan untuk meningkatkan persaingan dalam pasukan Harimau Malaya, dengan pemain yang mempunyai pertalian darah Malaysia berpotensi dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat kelayakan ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Cayden menarik perhatian peminat bola sepak tempatan selepas meninggalkan simbol hati pada ruangan komen satu perkongsian media sosial yang menyenaraikan pemain Asia Tenggara yang beraksi di Eropah, termasuk dirinya.

Walaupun tidak menyatakan hasrat itu secara terbuka menerusi kenyataan panjang, reaksi ringkas berkenaan mencetuskan spekulasi dalam kalangan penyokong yang berharap Cayden berminat untuk mengikuti jejak pemain warisan lain yang kini mewakili Malaysia.

Menerusi perkongsian di laman sosialnya, Cayden turut mengakui mempunyai darah Malaysia selain pertalian keluarga dari Sierra Leone dan Nigeria menerusi sebelah datuknya daripada keluarga bapa, selain boleh mewakili England berdasarkan tempat kelahirannya.

Jika berpeluang menyarung jersi negara, Cayden berpotensi mengikuti jejak pemain seperti Dion Cools, Corbin Ong dan Brad Tapp yang mempunyai pertalian dengan Malaysia dan menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, sebarang kemungkinan untuk melihat Cayden mewakili Malaysia bergantung kepada pengesahan kelayakan mengikut peraturan FIFA, termasuk dokumen yang membuktikan pertalian keluarganya.

Cayden dilaporkan pernah dipanggil menyertai latihan bersama skuad remaja kebangsaan Sierra Leone, namun setakat ini belum membuat penampilan bersama skuad senior mana-mana negara.

Situasi itu membuka ruang untuk FAM meneliti latar belakang serta status kelayakannya sebelum mengambil sebarang langkah lanjut, sekiranya pemain berkenaan benar-benar berminat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Menariknya, adik Cayden, Cody Cole yang kini beraksi bersama skuad bawah 15 (B-15) West Ham United turut boleh menjadi antara pemain yang dipantau untuk masa depan bola sepak Malaysia, bergantung kepada perkembangan kerjaya dan kelayakannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 3 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 36NEWnow13:0014:00
Latest 14:24 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  3. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
10 Oct, 12:33 MYT
Origin confidence 60% · 5 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    12:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Cayden ada darah Malaysia, FAM perlu segera pancing
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
Cayden ada darah Malaysia, FAM perlu segera pancing Cayden
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Cayden ada darah Malaysia, FAM perlu segera pancing · Malaysian Attention Engine