
Cheng Hoe tak peduli pendapat 'orang luar'
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Cheng Hoe tak peduli pendapat 'orang luar' (Google News Malaysia (BM), 12:39)
Read the reporting
1 report
Cheng Hoe tak peduli pendapat 'orang luar'
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih interim skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe enggan memikirkan mengenai pelbagai pendapat 'orang luar' berhubung masa depannya bersama Harimau Malaya.
Sebaliknya, pengendali berusia 58 tahun itu kekal dengan pendiriannya untuk menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Terdapat pelbagai pendapat atau pandangan daripada bekas pemain, pemerhati bola sepak tempatan dan peminat Harimau Malaya sama ada Cheng Hoe patut dikekalkan sebagai pengendali skuad kebangsaan atau tidak susulan prestasi menyerlah ketika Piala ASEAN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Bekas pemain kebangsaan, Datuk Richard scully seperti dilaporkan media sebelum ini menganggap FAM patut mengekalkan Cheng Hoe sebagai pengendali Harimau Malaya berdasarkan prestasi yang dipamerkan skuad itu ketika ini.
Pemerhati bola sepak tempatan yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim pula menganggap Harimau Malaya memerlukan jurulatih yang lebih baik sekiranya mahu mara ke peringkat lebih tinggi.
Tanpa menidakkan kualiti dan kredibiliti Cheng Hoe, Zulakbal menegaskan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Cheng Hoe tidak seharus-harusnya disia-siakan dengan beliau menganggap pengendali itu wajar diberi peranan sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya.
"Saya serahkan semuanya kepada FAM, jadi terpulang kepada FAM. Berkenaan yang lain saya tidak mahu komen, itu pendapat masing-masing, saya tak nak komen yang itu.
"Setakat ini belum ada apa-apa lagi kata putus daripada FAM," kata Cheng Hoe ketika ditanya mengenai pendapat yang disuarakan banyak pihak berhubung masa depannya bersama Harimau Malaya.
FAM pada 25 Jun lalu mengumumkan pelantikan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih interim skuad kebangsaan bagi menggantikan Peter Cklamovski.
Cheng Hoe seterusnya membimbing skuad negara pada kempen Piala ASEAN 2026, Ogos lalu dengan Harimau Malaya yang tampil tanpa ramai tonggak utama mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Vietnam menerusi agregat 4-0.
Kehadiran semula barisan bintang dan penampilan sulung tonggak naturalisasi, Bergson Dan Silva dan Manuel Hidalgo serta pemain warisan, Brad Tapp jelas membawa perubahan kepada skuad Cheng Hoe ketika Piala ASEAN FIFA, baru-baru ini.
Meskipun meraih tempat ketiga, namun Harimau Malaya melakar prestasi yang cemerlang apabila tidak kalah dan tanpa bolos dalam empat perlawanan daripada kejohanan yang berlangsung di Indonesia itu.
Malah, pada kemas kini ranking FIFA, Rabu lalu, skuad negara berjaya naik tiga anak tangga ke kedudukan 133 dunia berbanding 136 pada Julai lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)12:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
