D'Masiv gegar Sabah esok, tampil dengan lagu Inggeris
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUMPULAN pop rock terkenal Indonesia, D'Masiv bakal memperkenalkan era baharu perjalanan muzik mereka menerusi persembahan di Kota Kinabalu dan Sandakan, termasuk membawakan dua lagu berbahasa Inggeris yang dirakam di Amerika Syarikat dan United Kingdom.Vokalis D'Masiv, Rian Ekky Pradipta berkata, persembahan itu cukup istimewa kerana kumpulan tersebut kini memulakan langkah sebagai kumpulan muzik bebas selepas hampir 20 tahun bernaung di bawah syarikat rakaman utama di Indonesia."Apa yang membuatkan kami gembira ialah D'Masiv kini sudah memasuki era baharu kerana selepas 20 tahun bersama syar (Sinar Harian, 09:03)
Read the reporting
1 reportD'Masiv gegar Sabah esok, tampil dengan lagu Inggeris
KUMPULAN pop rock terkenal Indonesia, D'Masiv bakal memperkenalkan era baharu perjalanan muzik mereka menerusi persembahan di Kota Kinabalu dan Sandakan, termasuk membawakan dua lagu berbahasa Inggeris yang dirakam di Amerika Syarikat dan United Kingdom.Vokalis D'Masiv, Rian Ekky Pradipta berkata, persembahan itu cukup istimewa kerana kumpulan tersebut kini memulakan langkah sebagai kumpulan muzik bebas selepas hampir 20 tahun bernaung di bawah syarikat rakaman utama di Indonesia."Apa yang membuatkan kami gembira ialah D'Masiv kini sudah memasuki era baharu kerana selepas 20 tahun bersama syarikat rakaman utama di Indonesia, akhirnya kami secara rasmi menjadi kumpulan bebas."Kami akan membawakan dua lagu baharu dalam era baharu D'Masiv dan sedang mempersiapkan sebuah album yang mungkin akan dilancarkan pada awal 2027. Album itu nanti sepenuhnya dalam bahasa Inggeris," katanya.Rian bersama anggota kumpulannya ketika ditemui dalam sidang akhbar selepas sesi bertemu bersama peminat di sini, pada Rabu.Konsert D'Masiv: Malam Galau No Black Tie dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu pada malam Jumaat ini, sebelum diteruskan di Sandakan pada Ahad.Menurutnya, dua lagu berjudul 'On Our Own' dan 'Till We're Old' itu merupakan sebahagian daripada projek muzik antarabangsa kumpulan berkenaan yang menyaksikan tujuh lagu dirakam di Amerika Syarikat dan United Kingdom."Kami sudah menyiapkan tujuh lagu, tiga daripadanya dirakam di Burbank, California, manakala empat lagi di London iaitu di Abbey Road Studios dan RAK Studios."Kami juga bekerjasama dengan penerbit muzik dari United Kingdom, Dan Thomas yang pernah menerbitkan lagu untuk kumpulan seperti Coldplay dan Suede serta penyanyi Kylie Minogue," katanya.Mengulas mengenai persembahan di Sabah, Rian berkata, mereka merancang membawakan kira-kira 13 lagu termasuk beberapa lagu popular yang diberi susunan muzik baharu khusus untuk peminat di Kota Kinabalu dan Sandakan."Kami sudah menyediakan senarai lagu untuk kedua-dua bandar ini, tetapi biasanya senarai itu boleh berubah ketika hendak membuat persembahan."Namun, lagu-lagu popular seperti Cinta Ini Membunuhku, Rindu Setengah Mati, Merindukanmu dan Jangan Menyerah pasti akan dibawakan."Ada juga beberapa lagu yang kami ubah susunan muziknya khusus untuk Kota Kinabalu dan Sandakan supaya persembahan lebih berbeza dan meriah," katanya.Dalam pada itu, Rian berkata, D'Masiv teruja untuk kembali menghiburkan peminat di Kota Kinabalu selepas kali terakhir mengadakan persembahan di bandar raya berkenaan pada 2019, selain bakal membuat penampilan sulung di Sandakan."Kali terakhir kami ke Kota Kinabalu adalah pada 2019, kalau tidak silap. Jadi, ini kali kedua kami hadir ke Kota Kinabalu dan kami memang tidak sabar untuk menghiburkan peminat di Sabah."Sandakan pula merupakan kali pertama buat kami. Jadi, kami sangat berharap dapat menghiburkan peminat di sana dan memberikan persembahan yang terbaik," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian09:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.