Malaysian Attention Engine
Live wire
40General : Marriage Between M'sian Muslim And Foreign National Of The Islamic Faith Won't Change Ethnicity To Malay - Saifuddin Nasution39General : Malaysia Targets 250,000 International Students By 2030 - Zambry37Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut37Pan-gon bimbang pemulihan Faisal ambil masa lebih lama36Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia36F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta35General : Husbands Can Also Be Victims Of Domestic Violence - Welfare Dept35Business : Govt Settles RM17.15 Bln In Excess Tax Refunds As Of Sept 3035Epic Games Delays Disney Project, Asks Developers to Use More AI35General : MPs Welcome Higher Allocations For Sabah, Sarawak, Urge For Finalised Special Grant Formula35General : JPN Ensures Strict Controls In MyKad Issuance - DG35Nexal Pad launches at RM1,099 with an 11in screen and 10,000mAh battery
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Dalam radar Imigresen: Kesan 224 hotspot PATI

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 07:02 MYTLatest activity 14 Oct, 07:02BMconfidence 60%

What happened

Dalam radar Imigresen: Kesan 224 hotspot PATI (Harian Metro, 07:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Dalam radar Imigresen: Kesan 224 hotspot PATI

By Muhaamad Hafis Nawawi dan Suharmin Yusuf · 14 Oct, 07:02 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenal pasti 224 lokasi panas atau hotspot berkaitan keberadaan dan aktiviti warga asing di seluruh negara.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, lokasi itu merangkumi pelbagai kategori termasuk penempatan tidak sah, rumah kongsi di tapak pembinaan, premis perniagaan yang dimonopoli warga asing, serta rumah sewa yang padat dengan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurutnya, perkara ini perlu diberikan perhatian dan pemantauan penguatkuasaan.

"Bagi tempoh 2023 sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 16,431 siri Op Sapu dilaksanakan. Operasi ini merangkumi serbuan ke atas pelbagai lokasi penempatan haram, termasuk rumah setinggan, rumah kongsi, serta rumah tumpangan yang didapati dihuni PATI.

"Sepanjang tempoh itu, seramai 50,382 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Zakaria berkata, berdasarkan risikan, aduan awam, hasil operasi serta analisis semasa, bagaimanapun, status sesuatu lokasi sebagai hotspot adalah dinamik dan tertakluk kepada penilaian semasa, berdasarkan perubahan pola keberadaan warga asing, hasil risikan dan tindakan penguatkuasaan.

"JIM akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara berfokus dan berasaskan risikan, di samping memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi penguat kuasa berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing.

"Tindakan turut dikenakan terhadap majikan serta mana-mana pihak yang menggaji, melindungi atau memudahkan keberadaan PATI, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

Katanya, isu kewujudan dan pengurusan penempatan atau perkampungan haram membabitkan bidang kuasa beberapa pihak, termasuk PBT dan agensi berkaitan.

"Dari sudut bidang kuasa JIM, tindakan penguatkuasaan memberi tumpuan kepada keberadaan warga asing yang melanggar undang-undang imigresen.

"Sehubungan itu, tindakan JIM tidak terhenti selepas sesuatu operasi dilaksanakan. Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan berdasarkan maklumat, aduan serta risikan, termasuk melalui kerjasama strategik dengan PBT dan agensi penguat kuasa lain bagi menangani keberadaan PATI di lokasi yang dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata, pada masa yang sama, JIM turut memberi penekanan kepada tindakan terhadap pihak yang menjadi faktor penyumbang kepada keberadaan PATI.

Ia termasuk majikan yang menggajikan PATI serta mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau membenarkan PATI berada di premis mereka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

"Pendekatan ini diperkukuh melalui risikan, analisis data dan perkongsian maklumat antara agensi bagi mengenal pasti lokasi berisiko serta membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih berfokus dan berterusan. Usaha menangani isu ini memerlukan pendekatan menyeluruh antara agensi, bukan sahaja melalui operasi terhadap PATI, tetapi juga dengan menangani faktor yang membolehkan mereka terus berada dan bekerja secara tidak sah di negara ini," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:0009:0010:00
Latest 10:01 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 07:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Dalam radar Imigresen: Kesan 224 hotspot PATI · Malaysian Attention Engine