
Dana politik: Apakah yang boleh dipelajari daripada negara luar?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PARTI politik memerlukan wang untuk mengurus organisasi, berkomunikasi dengan pengundi, menjalankan kempen serta memastikan operasi terus berjalan. (Utusan Malaysia, 08:00)
Read the reporting
1 report
Dana politik: Apakah yang boleh dipelajari daripada negara luar?
PARTI politik memerlukan wang untuk mengurus organisasi, berkomunikasi dengan pengundi, menjalankan kempen serta memastikan operasi terus berjalan.
Masalahnya bukan pada sumbangan politik tetapi apabila sumber kewangan disembunyikan, tiada had yang jelas atau berpotensi digunakan untuk membeli pengaruh.
Justeru, pembiayaan politik yang tidak telus menjadi antara risiko penting terhadap integriti dan tadbir urus demokrasi.
Ketika Malaysia menuju penggubalan undang-undang bagi mengawal selia pendanaan politik, persoalannya bukan sekadar sama ada sumbangan politik patut dibenarkan tetapi bagaimana sistem dapat memastikan parti mempunyai sumber kewangan yang sah, telus dan mencukupi tanpa menjejaskan kepentingan awam.
Malaysia tidak perlu mencipta semula roda. Pengalaman negara lain boleh dijadikan rujukan dengan mengambil unsur yang sesuai dan menyesuaikannya dengan konteks tempatan.
Di Jerman, parti yang mempunyai wakil dalam Bundestag diwajibkan membentangkan laporan kewangan kepada umum. Kanada pula menggabungkan pendanaan awam dan swasta dengan keperluan pendedahan kewangan serta had perbelanjaan kempen.
Sumbangan daripada kerajaan atau perusahaan asing dan perusahaan milik awam turut dilarang, manakala pengawasan dilaksanakan melalui institusi pilihan raya yang mempunyai fungsi khusus dalam pendanaan politik.
Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), data 2025 menunjukkan model Kanada memenuhi 90 peratus kriteria peraturan pendanaan politik dan 86 peratus dari segi amalan.
Pengalaman Kanada memperlihatkan satu prinsip penting, iaitu peraturan yang baik memerlukan institusi penguatkuasaan yang bebas dan berkesan. Pendedahan, audit, siasatan serta penalti tidak boleh sekadar wujud di atas kertas.
Denmark dan Sweden pula menyediakan pendanaan awam di samping membenarkan sumbangan persendirian. Kedua-duanya mewajibkan pelaporan kewangan parti politik dan menetapkan kriteria tertentu.
Namun, OECD turut mengenal pasti kelemahan dalam kedua-dua sistem, termasuk isu sumbangan tanpa nama dan sumbangan asing.
Ancaman yang lebih besar apabila pembiayaan politik tidak dikawal ialah risiko penyusupan dana asing serta wang daripada sindiket jenayah terancang.
Di Malaysia, usaha ke arah reformasi pendanaan politik turut melibatkan kerjasama Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.
Pada September lalu, BHEUU menganjurkan Konvensyen Pendanaan Politik dengan sokongan IDEAS dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sekali gus menunjukkan kesinambungan usaha libat urus ke arah penggubalan undang-undang berkaitan.
RUU Pendanaan Politik yang digubal melalui KRPPM sepatutnya merangkumi pendanaan awam dan swasta, had sumbangan, keperluan pendedahan, larangan terhadap sumber tertentu serta penubuhan badan pengawasan bebas dan telus.
Model dicadangkan untuk Malaysia ialah Model Dana Awam atau Model Pendanaan Awam. Bagaimanapun, dana awam semata-mata tidak menjamin integriti politik.
Uzbekistan masih berdepan isu ketelusan, manakala Tunisia memansuhkan pendanaan awam selepas dua tahun. Kedua-dua negara turut mencatatkan skor CPI yang agak rendah secara berterusan.
Usaha ini bukan sesuatu yang baharu. Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan (JKNMPP) ditubuhkan pada 2015 dan dipengerusikan Datuk Paul Low, yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Penulis juga merupakan antara ahli jawatankuasa tersebut.
Laporan JKNMPP mengandungi 32 cadangan reformasi dengan mengambil kira model terbaik dari seluruh dunia, termasuk larangan sumbangan daripada sumber asing serta sekatan terhadap sumbangan syarikat menerima kontrak kerajaan.
Pada April lalu, IDEAS menyatakan kebimbangan RUU Pendanaan Politik masih tiada garis masa atau kerangka perundangan yang jelas di bawah kerangka reformasi kerajaan.
Walaupun desakan dibuat pelbagai pihak, namun undang-undang itu masih belum dibentangkan secara rasmi untuk kelulusan Parlimen.
Malaysia tidak perlu memilih secara mutlak antara pendanaan awam dengan sumbangan persendirian. Sebaliknya, model hibrid boleh dibangunkan berdasarkan lima prinsip utama.
Pertama, pendanaan awam yang munasabah. Parti yang memenuhi syarat ketelusan boleh menerima dana berdasarkan kriteria objektif seperti jumlah undi atau perwakilan di Parlimen. Langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada penderma besar.
Kedua, sumbangan persendirian perlu dikawal selia dengan telus dan berakauntabiliti. Individu serta organisasi yang sah boleh terus menyumbang tetapi tertakluk had yang jelas dan larangan terhadap sumber tertentu.
Ketiga, ketelusan sepenuhnya. Sumbangan yang signifikan perlu didedahkan kepada umum, termasuk identiti penderma, jumlah, penerima serta tujuan perbelanjaan.
Sumbangan juga perlu dimasukkan terus ke akaun parti, bukan akaun persendirian seperti yang dipraktikkan sekarang. Sumbangan tanpa nama pula dihadkan dengan ketat.
Ketelusan dana kempen juga penting supaya pengundi mengetahui pihak yang membiayai seseorang calon.
Keempat, pengawasan bebas. Pendanaan politik perlu diselia institusi yang bebas daripada kerajaan dan parti politik, dengan kuasa mengaudit, menyiasat serta mengenakan penalti yang berkesan.
Maklumat sumbangan perlu didedahkan secara terbuka di internet supaya boleh disemak oleh sesiapa sahaja.
Kelima, pelaporan berterusan. Peraturan tidak seharusnya hanya terpakai ketika pilihan raya. Parti politik mengumpul dan membelanjakan wang sepanjang tahun, maka orang awam berhak mengetahui dari mana sumber kewangan diperoleh dan bagaimana ia digunakan.
UNDANG-UNDANG SAHAJA TIDAK MENCUKUPI
Penggubalan Akta Pendanaan Politik semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Tanpa ketelusan, penguatkuasaan bebas dan penalti berkesan, undang-undang boleh menjadi sekadar pematuhan di atas kertas.
Persoalan asasnya ialah kepercayaan. Sumbangan politik tidak seharusnya mewujudkan ‘hutang tersembunyi’ antara penderma dengan ahli politik.
Rakyat berhak mengetahui empat perkara mudah iaitu siapa yang memberikan wang, berapa jumlahnya, ke mana wang itu pergi dan sama ada sebarang layanan atau balasan politik diharapkan sebagai pertukaran.
Tiga persoalan pertama memerlukan ketelusan, manakala yang terakhir menuntut peraturan konflik kepentingan serta penguatkuasaan yang kukuh.
Model pendanaan politik antarabangsa sudah tersedia untuk dipelajari dan disesuaikan dengan realiti Malaysia. Yang diperlukan kini ialah kemahuan politik yang jujur dan tegas untuk menterjemahkan rangka dasar tersebut kepada undang-undang yang berkuat kuasa. – UTUSAN
PROFESOR Datuk Seri Dr. Akhbar Satar ialah Presiden Persatuan Integriti dan Governans Malaysia (MIG).
The post Dana politik: Apakah yang boleh dipelajari daripada negara luar? appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.