Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok4514 individu termasuk remaja bawah umur direman berkaitan kes bunuh seorang lelaki36World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia35General : Selangor Postpones National Sports Day Celebrations Due To Haze3580 peratus pendeposit TH belum cukup simpanan minimum RM15,00035Kawasan panas kebakaran hutan Indonesia turun 67 peratus, cuaca kering kekalkan risiko tinggi35Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan35Sekolah di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar ditangguh – JPNPP35Zara’s mum chokes up as voice recording plays during inquest34Chinese naval task group arrives in Kota Kinabalu for five-day goodwill visit33Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow33521kg Laos meth haul: Police probe Malaysia-linked private jet firm
NewConfirmedupdated 3 h ago

JPJ kesan kegiatan tawar IDP palsu RM500

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
26
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 8 Oct, 17:13 MYTLatest activity 9 Oct, 10:36BMconfidence 86%

What happened

KUALA LUMPUR - Dokumen Permit Memandu Antarabangsa atau International Driving Permit (IDP) dipercayai palsu dikesan ditawarkan kepada warga asing dengan bayaran sehingga RM500 dan tempoh sah lima tahun.Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, dokumen berkenaan dipercayai tidak memenuhi keperluan pengiktirafan untuk tujuan memandu secara sah di Malaysia.Menurutnya, perkara ini dipandang serius kerana berpotensi memperdaya warga asing untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai kelayakan memandu yang sah, sedangkan dokumen yang dimiliki mungkin tidak diiktiraf."Sebagai perbandingan, IDP yan (Sinar Harian, 17:13)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

JPS kesan permit memandu antarabangsa palsu dijual RM500

By Austin Camoens · 9 Oct, 08:34 MYT

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan penjualan permit memandu antarabangsa (IDP) palsu kepada warga asing pada harga sehingga RM500, termasuk dokumen dilengkapi laman sesawang bagi memberi gambaran seolah-olah permit itu sah.

Permit yang didakwa sah sehingga lima tahun itu dikesan dan dirampas dalam operasi penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing di ibu negara.

Semakan terhadap satu dokumen berkenaan mendapati ia memaparkan butiran laman sesawang yang membolehkan nombor siri permit disemak, sekali gus memberikan gambaran seolah-olah terdapat sistem pengesahan rasmi.

Laman sesawang itu dipercayai diwujudkan sindiket yang mengeluarkan permit palsu berkenaan, berkemungkinan sebagai kaedah tambahan untuk meyakinkan pengguna dan mengelirukan anggota penguat kuasa mengenai kesahihan dokumen terbabit.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam, berkata pihaknya mengesan pihak tertentu yang menawarkan dokumen yang didakwa sebagai IDP kepada warga asing, meskipun terdapat keraguan mengenai kesahihannya untuk digunakan bagi tujuan pemanduan di Malaysia.

"Kami mengesan pihak yang menawarkan dokumen yang didakwa sebagai Permit Memandu Antarabangsa kepada warga asing dengan bayaran sehingga RM500, dengan tempoh sah yang didakwa sehingga lima tahun.

"Dokumen ini dipercayai tidak memenuhi keperluan pengiktirafan bagi membolehkan seseorang memandu secara sah di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keadaan itu membimbangkan kerana warga asing yang membeli dokumen berkenaan mungkin menyangka mereka memiliki kelayakan memandu yang sah.

Katanya, pemilikan dokumen yang tertera perkataan 'Permit Memandu Antarabangsa' tidak bermakna pemegangnya secara automatik dibenarkan memandu di jalan raya Malaysia.

"Dokumen sedemikian mestilah dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan atau pihak yang diberi kuasa oleh negara berkenaan serta memenuhi keperluan pengiktirafan yang terpakai di Malaysia," katanya.

Hamidi berkata, IDP yang dikeluarkan JPJ hanya sah untuk tempoh satu tahun, selaras dengan Konvensyen Mengenai Lalu Lintas Jalan Raya yang ditandatangani di Geneva pada 19 September 1949.

Penggunaan permit itu juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara atau wilayah masing-masing, katanya.

Beliau mengingatkan warga asing supaya tidak terpedaya dengan individu atau organisasi yang menawarkan dokumen pemanduan antarabangsa tanpa kuasa atau pengiktirafan sewajarnya.

"JPJ tidak akan berkompromi terhadap penggunaan dokumen pemanduan yang tidak sah. Tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, JPJ Kuala Lumpur mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing menerusi Ops Pewa.

Dalam operasi semalam, sebanyak 47 kenderaan disita daripada 121 kenderaan yang diperiksa, membabitkan 40 motosikal, empat kereta dan tiga kenderaan barangan.

Sebanyak 273 notis dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pelbagai kesalahan, termasuk pelanggaran syarat lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, kesalahan berkaitan insurans serta ketidakpatuhan aspek teknikal kenderaan.

Operasi itu turut menyaksikan seramai 58 warga asing, terdiri daripada pemandu, pembonceng dan penjaga kenderaan, dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • Spread across News, YouTube
  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 40first news pick-upNEWnow08:0011:00
Latest 13:56 MYT
26New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro AWANI (YouTube)) source
  2. Spread
    News discussion begins (Berita Harian) source
  3. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Astro AWANI (YouTube) (YouTube)
9 Oct, 00:24 MYT
Origin confidence 90% · 491 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    YouTube (mainstream)
    Astro AWANI (YouTube)
    00:24
  2. Step 2
    News outlets
    Berita Harian
    08:34 · +491 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Berita Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

JPJ kesan kegiatan tawar IDP palsu RM500
Sinar HarianNewsmainstreamBMarchive
JPJ kesan tawaran IDP meragukan kepada warga asing.
Astro AWANI (YouTube)YouTubemainstreamBM
JPJ kesan permit memandu antarabangsa palsu dijual RM500
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate
JPJ kesan sindiket jual permit memandu antarabangsa palsu RM500
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.