
DAP lapor polis isu dakwaan lindungi sekolah Rohingya tanpa lesen
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MELAKA - DAP Melaka membuat laporan polis berhubung dakwaan parti itu melindungi sebuah sekolah agama Rohingya tanpa lesen di Pengkalan Rama Pantai yang tular di media sosial menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Laporan itu dibuat pembantu kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong, iaitu Tan Ching Wan di Balai Polis Tengkera di sini pada Rabu.Chee Leong berkata, dakwaan berkenaan disebarkan menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook oleh seorang pemilik akaun mengaitkan DAP, dirinya serta Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dengan dak (Sinar Harian, 11:52)
Read the reporting
2 reports
DAP Melaka laporan polis, susulan video tular lindungi sekolah agama Rohingya
MELAKA: DAP Melaka membuat laporan polis susulan video tular di media sosial yang mendakwa parti itu melindungi sebuah sekolah agama Rohingya tanpa lesen di di Pengkalan Rama Pantai di sini.
Setiausaha Organisasi DAP Melaka, Low Chee Leong, berkata laporan itu dibuat pembantunya, Tan Ching Wan di Balai Polis Tengkera bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat penyebaran video berkenaan.
Katanya, video dimuat naik pemilik Facebook Steven Lee itu turut mengaitkan dirinya dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong bersubahat serta melindungi sekolah itu.
Beliau yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat yang boleh mencemarkan nama baik parti dan pemimpin terbabit, selain mendakwa ia sengaja ditimbulkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
"Ini bukan sahaja fitnah, malah satu tuduhan dan perbuatan jahat menjelang PRN Melaka.
"Saya menegaskan dakwaan itu adalah tohmahan terhadap DAP dan kita buat laporan polis supaya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tengkera di sini, hari ini.
Mengulas dakwaan berhubung sekolah berkenaan, Chee Leong, berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menubuhkan atau mengendalikan sekolah agama seperti yang didakwa kerana urusan penguatkuasaan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Beliau menjelaskan isu sekolah itu pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Rama Pantai, sebelum laporan berkaitan turut dikemukakan kepada pejabat daerah.
Katanya, beliau berharap siasatan segera dapat dijalankan terhadap penyebaran dakwaan itu yang didakwanya mencemarkan nama baik pemimpin terbabit, selain menyentuh isu sensitif berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).
"DAP tidak pernah menyalurkan peruntukan atau memberikan sokongan kepada sekolah berkenaan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian11:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.