
DAP tak pernah soal hak Melayu, kedudukan Islam
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
RSN Rayer berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan RM5 juta bagi pembangunan masjid baharu di kawasan Parlimen Jelutong. KUALA LUMPUR: DAP tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu atau kedudukan Islam, kata wakil rakyatnya RSN Rayer ketika mempertahankan pendirian parti berhubung peningkatan peruntukan pembangunan Islam dalam Belanjawan 2027. (Free Malaysia Today, 18:20)
Read the reporting
1 report
DAP tak pernah soal hak Melayu, kedudukan Islam
RSN Rayer berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan RM5 juta bagi pembangunan masjid baharu di kawasan Parlimen Jelutong. KUALA LUMPUR: DAP tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu atau kedudukan Islam, kata wakil rakyatnya RSN Rayer ketika mempertahankan pendirian parti berhubung peningkatan peruntukan pembangunan Islam dalam Belanjawan 2027.
Rayer (PH-Jelutong) berkata, DAP menghormati Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, Raja Melayu, bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.
Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan RM5 juta bagi pembangunan masjid baharu di kawasan Parlimen Jelutong.
“Sebab itu, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan dana RM5 juta untuk pembangunan masjid baharu di Parlimen Jelutong,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
Rayer berkata, beliau turut menghargai peruntukan RM100 juta untuk sekolah Cina, RM50 juta bagi sekolah Tamil dan RM80 juta untuk penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat), mengenai pendirian DAP berhubung peningkatan peruntukan pembangunan Islam daripada RM2.6 bilion pada 2026 kepada RM3.1 bilion dalam Belanjawan 2027 diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam perkembangan lain, Rayer menggesa kerajaan meningkatkan pengambilan rakyat berbangsa Cina dan India dalam perkhidmatan awam.
Katanya, berdasarkan angka dikemukakannya, penjawat awam Melayu kini merangkumi 77.7%, diikuti kaum Cina (5.4%), India (3.76%) dan lain-lain (13.2%).
“Lebih ramai rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India perlu digalakkan untuk berkhidmat sebagai penjawat awam supaya Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara untuk semua rakyat,” katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today18:20
- Step 2YouTube (mainstream)Free Malaysia Today (YouTube)19:18 · +58 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.