
Daripada cerah bertukar gelap
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Daripada cerah bertukar gelap (Harian Metro, 07:02)
Read the reporting
1 report
Daripada cerah bertukar gelap
anbia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Taktik licik sindiket menyeleweng minyak masak bersubsidi memasuki fasa baharu apabila minyak masak peket belum digunakan sengaja dicemari bahan kimia pewarna bagi menyamai fizikal minyak masak terpakai.
Modus operandi itu membolehkan minyak masak baharu bertukar wajah seolah-olah minyak terpakai, sekali gus membuka ruang kepada sindiket mengeksploitasi permintaan pasaran serta meraih keuntungan besar.
Ketika ini harga minyak masak terpakai boleh mencecah hingga RM3.80 sekilogram berbanding RM2.50 bagi minyak masak subsidi.
Lebih membimbangkan, kegiatan itu menimbulkan persoalan mengenai sumber bekalan minyak masak peket bersubsidi dalam kuantiti besar yang dikumpulkan sindiket.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam mengesahkan wujud penggunaan bahan pewarna terhadap minyak masak baharu bagi menyerupai minyak terpakai.
Menurutnya, KPDN sentiasa menambah baik pendekatan risikan dan penguatkuasaan berdasarkan perkembangan modus operandi semasa.
"Bagi mengenal pasti bagaimana bekalan minyak masak peket bersubsidi diperoleh dalam kuantiti besar, KPDN melaksanakan pengauditan menyeluruh terhadap setiap peringkat rantaian pengedaran, termasuk kilang, syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit.
"Pengauditan itu merangkumi penelitian terhadap sumber bekalan, pihak pembekal, kuantiti diterima, rekod pembelian dan penjualan serta pergerakan stok," katanya.
Beliau berkata, usaha membanteras ketirisan tidak hanya tertumpu kepada premis melakukan kesalahan, sebaliknya diperluas kepada pihak lain dalam rantaian bekalan.
"Jika siasatan mendapati mana-mana pihak menyalurkan, menyimpan atau menguruskan bekalan berkenaan secara tidak teratur atau melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil.
"Dalam masa sama, pemantauan terhadap pemegang Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) dipergiat bagi memastikan kemudahan lesen tidak disalahgunakan untuk mengumpul minyak masak peket bagi tujuan yang tidak dibenarkan," katanya.
Mengulas kemungkinan syarikat pengumpul minyak masak terpakai berlesen turut terbabit dalam kegiatan berkenaan, KPDN berkata, siasatan akan dijalankan berdasarkan jejak transaksi serta bukti yang diperoleh, termasuk mengenal pasti pihak yang menerima atau membeli minyak yang disamarkan sebagai minyak terpakai.
"Tindakan turut boleh dikenakan terhadap mana-mana syarikat, individu atau pihak lain yang mempunyai kaitan dengan penyelewengan barang kawalan, mengikut peruntukan undang-undang dan bidang kuasa agensi berkaitan.
"KPDN juga akan bekerjasama dengan agensi berkenaan sekiranya siasatan menemukan unsur kesalahan berkaitan aktiviti pengumpulan atau pemprosesan minyak masak terpakai yang berada di luar bidang kuasa Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:02
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.