
Datang naik skuter, pekerja cemerlang balik bawa BMW
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jiaozuo, China: Seorang pemilik restoran di China meraih pujian ramai selepas menghadiahkan kereta BMW baharu kepada dua pekerjanya yang cemerlang sebagai penghargaan terhadap usaha mereka, lapor South China Morning Post. (Harian Metro, 15:14)
Read the reporting
1 report
Datang naik skuter, pekerja cemerlang balik bawa BMW
Jiaozuo, China: Seorang pemilik restoran di China meraih pujian ramai selepas menghadiahkan kereta BMW baharu kepada dua pekerjanya yang cemerlang sebagai penghargaan terhadap usaha mereka, lapor South China Morning Post.
Ma Yanli, pemilik rangkaian hotpot daging lembu yang beribu pejabat di Jiaozuo, wilayah Henan di tengah China menghadiahkan sebuah BMW putih kepada Li Jie dan sebuah BMW kelabu kepada Liu Yingying.
Kedua-dua pekerja itu dibawa Ma ke bilik pameran untuk mengambil kereta masing-masing pada 24 September lalu. Setiap kereta bernilai 300,000 yuan (kira-kira RM180,000) dan dibeli kira-kira dua minggu lebih awal dan dibayar sepenuhnya, lapor Henan TV.
Li yang sudah lapan tahun berkhidmat di restoran berkenaan mengakui teruja menerima hadiah itu kerana tidak pernah menyangka majikannya akan menghadiahkan sebuah kereta kepadanya.
"Dalam perjalanan ke bilik pameran BMW, Bos Ma cuma memberitahu bahawa dia akan menghadiahkan saya satu 'mainan besar'," katanya.
Kereta BMW putih berkenaan didaftarkan atas nama Li pada hari sama tanpa sebarang bayaran daripadanya.
Ma juga tidak meminta pekerjanya itu menandatangani sebarang perjanjian sebagai syarat menerima hadiah berkenaan.
Menurutnya, idea untuk menghadiahkan kereta kepada pekerjanya tercetus pada musim sejuk lalu apabila dia melihat Li tiba di restoran dengan muka kemerah-merahan, telinga keunguan dan tangan kaku akibat kesejukan ketika menunggang skuter elektrik untuk ke tempat kerja.
"Saya berkata kepada diri sendiri, saya boleh menikmati kehangatan dan keselesaan di dalam kereta. Mengapa pekerja saya tidak boleh?" kata Ma yang berasa simpati melihat keadaan pekerjanya itu.
Menurut Ma, kejayaan perniagaannya bukan hasil usaha sendiri semata-mata sebaliknya turut didorong sumbangan semua pekerja yang wajar menikmati manfaat daripada kejayaan syarikat.
"Saya sudah mencapai kejayaan dalam kerjaya saya. Namun kejayaan syarikat ini adalah hasil usaha bersama semua pekerja saya. Jadi saya mesti membenarkan pekerja saya turut menikmati faedah daripada kejayaan syarikat ini," katanya yang sudah dua dekad berkecimpung dalam industri katering.
Sementara itu, Liu berkata, majikannya memaklumkan bahawa dia bekerja keras dan menunjukkan prestasi cemerlang sehingga layak menerima hadiah berkenaan. Ma turut dikenali kerana sering memberikan barangan keperluan harian dan bonus wang tunai kepada kakitangannya sempena perayaan tradisional China.
Amalan majikan menghadiahkan ganjaran lumayan kepada pekerja turut mendapat perhatian di China.
Cui Peijun, pengerusi Henan Kuangshan Crane Company, misalnya memberikan bonus berjumlah 180 juta yuan (kira-kira RM109.8 juta) kepada kakitangannya sebelum Perayaan Musim Bunga tahun lalu, bersamaan dua pertiga daripada keuntungan syarikat pada tahun sebelumnya.
Peijun turut memberikan 800 yuan (kira-kira RM488) kepada setiap 2,000 pekerja wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa dan subsidi 1,000 yuan (kira-kira RM610) kepada pekerja dari kawasan luar bandar setiap Ogos bagi membantu mereka menyewa jentera menuai tanaman keluarga.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.