
Demi gambar penguin, wanita tangguh rawatan kanser
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Beijing: Diagnosis kanser tiroid mendorong seorang wanita warga emas berusia 67 tahun dari China merealisasikan impiannya mengembara ke Antartika untuk merakam gambar penguin sebelum menjalani rawatan, lapor NDTV. (Harian Metro, 15:37)
Read the reporting
1 report
Demi gambar penguin, wanita tangguh rawatan kanser
Beijing: Diagnosis kanser tiroid mendorong seorang wanita warga emas berusia 67 tahun dari China merealisasikan impiannya mengembara ke Antartika untuk merakam gambar penguin sebelum menjalani rawatan, lapor NDTV.
Warga emas itu, Wang Ying, membelanjakan wang simpanannya untuk membiayai perjalanan selama sebulan itu, malah ibunya turut membantu menampung baki kos berjumlah 150,000 yuan (kira-kira RM91,600).
Wang, seorang jurugambar hidupan liar amatur yang sudah merakam lebih daripada 1,200 spesies burung, didiagnosis menghidap kanser tiroid pada 2013 ketika membuat persiapan untuk bersara daripada pekerjaannya sebagai pentadbir di sebuah sekolah di Kunming, Yunnan.
Menurut laporan media tempatan, doktor menasihatinya supaya menjalani pembedahan dengan segera, namun Wang ketika itu tidak mahu menjalani prosedur berkenaan dan mahu mengembara ke tempat jauh sekiranya hayatnya sudah hampir ke penghujung.
Difahamkan, sepanjang berada di Antartika, Wang berhasrat merakam gambar ibu penguin sedang memberi makan kepada anaknya.
Ketika pelancong lain kembali ke dalam bangunan, dia terus berada di luar untuk tempoh yang lama meskipun suhu mencecah negatif 10 darjah Celsius, angin bertiup kencang dan salji turun dengan lebat.
Kesabarannya membuahkan hasil apabila dia berjaya merakam detik ibu penguin pulang selepas mencari makanan sebelum memberi makan kepada anaknya.
Wang berkata, dia berasa sangat gembira ketika merakam gambar ibu penguin dan anaknya berjalan bersama-sama sambil mencari jalan pulang ke tempat tinggal mereka.
Bagaimanapun, selepas pulang daripada pengembaraan itu, Wang menjalani pemeriksaan susulan di hospital dan terkejut apabila doktor mendapati ketumbuhan yang dialaminya mengecil berbanding pemeriksaan sebulan sebelumnya.
Menurut laporan itu, doktor memaklumkan pembedahan tidak diperlukan buat masa ini, namun menasihatinya supaya terus memantau keadaan kesihatannya dengan teliti.
Perkembangan itu mengembalikan harapan Wang dan mengukuhkan keazamannya untuk terus hidup, malah dia meneruskan minat dalam fotografi hidupan liar dengan memperuntukkan sebahagian besar masa dan wangnya untuk hobi berkenaan.
Sepanjang bertahun-tahun, Wang mengembara ke lebih daripada 30 negara dan membelanjakan keseluruhan wang pencennya untuk membeli peralatan fotografi canggih, selain merancang melawat Amerika Syarikat (AS), Peru dan beberapa negara Afrika pada tahun ini serta tahun depan.
Dalam pada itu, Wang berkata, pengalaman mengembara dan meneroka budaya serta landskap berbeza mengubah pandangannya terhadap kehidupan, menjadikannya lebih menerima ketidaktentuan hidup dan kurang terbeban dengan masalah seharian.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.