Malaysian Attention Engine
Live wire
56Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok54Najib sudah terima dokumen perintah tahanan rumah, mekanisme dirahsiakan - Peguam54General : High Court Dismisses Najib's Bid To Stay 1MDB Jail Sentence, RM11.4 Billion Fine47Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan saman fitnah Saifuddin terhadap Sanusi46Isu pembatalan perolehan peluru berpandu, kerajaan sedia ke mahkamah45Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam45Elak kesilapan mudah lawan Kitchee - Aidil45Malaysia court denies ex-PM Najib Razak's request to suspend 15-year jail sentence45General : Gov't Proposes Licensing Regime For e-Commerce Platforms45General : AI Radar, Long-Range Cameras Planned For Kudat Maritime Border - Deputy Home Minister42Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis39[UPDATED]: Anwar: 'I will never forget taxi drivers who backed me in 1998'
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Demonstrasi sokong protes pelajar di Perancis semakin kuat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 15:50 MYTLatest activity 14 Oct, 15:50BMconfidence 60%

What happened

PARIS: Puluhan ribu orang awam menyertai perhimpunan di seluruh Perancis sejak semalam bagi menyokong pelajar sekolah menengah yang mengadakan protes menuntut suasana pembelajaran lebih baik. (Berita Harian, 15:50)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Demonstrasi sokong protes pelajar di Perancis semakin kuat

14 Oct, 15:50 MYT

PARIS: Puluhan ribu orang awam menyertai perhimpunan di seluruh Perancis sejak semalam bagi menyokong pelajar sekolah menengah yang mengadakan protes menuntut suasana pembelajaran lebih baik.

Perkembangan itu secara langsung memberi cabaran besar kepada Presiden Emmanuel Macron, ketika tempoh pentadbiran pemimpin itu menghampiri penghujung penggal kedua.

Kira-kira 161,500 orang menyertai perhimpunan itu, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis, lebih dua kali ganda berbanding anggaran 71,500 peserta dalam demonstrasi Khamis lalu.

Walaupun kebanyakan perhimpunan berlangsung secara aman, keganasan tercetus di satu daripada dua perarakan di Paris, yang menurut kementerian itu disertai 41,500 orang.

Wartawan AFP menyaksikan beberapa kereta dibakar dengan polis melepaskan gas pemedih mata di Dataran Invalides ketika sekumpulan anak muda bertopeng cuba menyekat jalan raya dan membaling objek.

Gas pemedih mata turut dilepaskan ketika demonstrasi di Lyon. Aktivis Sweden, Greta Thunberg, turut menyertai demonstrasi di Saint-Denis, pinggir bandar Paris.

Beliau berkata, penyertaannya adalah bagi memberi sokongan, dengan menyifatkan 'masa depan golongan kini sedang dirampas'.

Sementara itu, Kesatuan sekerja Perancis menganggarkan seramai 480,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan tentangan rakyat terhadap kerajaan menerusi demonstrasi jalanan, hanya enam bulan sebelum pemilihan pengganti Macron yang sedang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya.

Gelombang bantahan terbaharu itu tercetus ketika kerajaan berhaluan tengah memulakan perbahasan di Parlimen mengenai belanjawan penjimatan kos.

Ia menerima tentangan hebat daripada blok kiri dan kanan selain hutang negara yang semakin meningkat turut membimbangkan pasaran bon.

Tekanan dijangka meningkat apabila demonstrasi kebangsaan bagi membantah peningkatan kos sara hidup dijadual berlangsung Sabtu ini.

Kesatuan sekerja dan kumpulan pelajar menjangkakan kedua-dua gelombang protes itu berkemungkinan bergabung.

Gerakan pelajar itu mendapat sokongan kuat daripada parti pembangkang tegar berhaluan kiri, France Unbowed (LFI), yang pemimpinnya merangkap calon berpotensi presiden, Jean-Luc Melenchon, dilihat berada dalam kalangan peserta demonstrasi di Paris.

Ribuan lagi menyertai perarakan di bandar Nantes, Lyon, Lens, Strasbourg, Toulouse, Bordeaux dan Marseille, menurut polis serta wartawan AFP.

Gerakan pelajar itu bermula bulan lalu di lycee, iaitu sekolah menengah bagi pelajar berusia 15 hingga 18 tahun, apabila pelajar menyekat pintu masuk banyak sekolah bagi menuntut keadaan pembelajaran lebih baik.

Tindakan polis yang dianggap keterlaluan terhadap pelajar itu mendorong lebih ramai menyertai demonstrasi pada Selasa.

Seorang remaja kehilangan tangan selepas mengambil bom tangan dilempar polis ketika protes, manakala seorang lagi kehilangan sebelah mata.

Selain itu, seorang lagi pelajar kehilangan gigi selepas seorang anggota polis melepaskan kanister gas pemedih mata tepat ke mukanya.

Polis membuka siasatan dalaman terhadap 36 dakwaan keganasan terhadap penunjuk perasaan, menurut Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, yang berkata hampir 900 anggota polis mengalami kecederaan sepanjang protes berkenaan.

Kementerian Pendidikan pula memaklumkan seramai 147 tenaga pengajar mengalami kecederaan.

Kementerian itu turut melaporkan 214 sekolah, kebanyakannya sekolah menengah, ditutup pada Selasa. - AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:0017:00
Latest 17:01 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 15:50 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:50

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.