
Di mana hilangnya kesopanan dan kesusilaan generasi muda?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
“NILAI kesopanan dan kesusilaan merupakan asas kepada pembinaan masyarakat yang harmoni dan negara sejahtera. Sedarilah! perilaku warga, apatah lagi dalam kalangan pemimpin akan memberikan imej, wajah dan identiti negara kita di mata dunia. (Utusan Malaysia, 08:00)
Read the reporting
1 report
Di mana hilangnya kesopanan dan kesusilaan generasi muda?
“NILAI kesopanan dan kesusilaan merupakan asas kepada pembinaan masyarakat yang harmoni dan negara sejahtera. Sedarilah! perilaku warga, apatah lagi dalam kalangan pemimpin akan memberikan imej, wajah dan identiti negara kita di mata dunia.
“Kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan oleh warga merupakan suatu ukuran kemajuan dan ketamadunan negara.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Prinsip Rukun Negara digarap selepas negara melalui episod berdarah yang amat menginsafkan rakyat Malaysia.
Daripada peristiwa 13 Mei itu, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat menekuni dan meyakini kesopanan dan kesusilaan harus dijadikan pasak negara yang wajib ditaati bagi menjamin keamanan dan keselamatan negara.
Jadi di mana salah kita apabila kelunturan prinsip ini semakin meluas?
Kita kini terlalu kerap dihidangkan dengan pelbagai kisah duka yang menyayat hati mengenai sahsiah generasi muda. Sekolah yang sepatutnya menjadi medan pembentukan jati diri buat anak-anak tidak lagi menjadi zon selamat.
Dengan kerawakan kes sehingga melibatkan kehilangan nyawa, krisis akhlak dalam kalangan remaja di Malaysia tidak lagi boleh dianggap sebagai sekadar kenakalan anak-anak semata-mata.
Keruntuhan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan telah berevolusi menjadi satu ancaman serius yang menguji nilai kemanusiaan, empati dan tahap kesihatan mental generasi muda.
Kepincangan ini bukan sahaja lahir daripada kurangnya keinsafan agama atau tipisnya nilai moral. Sebaliknya, kecelaruan ini dipengaruhi pendedahan tanpa sempadan kepada budaya keganasan di media, tekanan rakan sebaya, serta kerapuhan institusi kekeluargaan.
Apabila rasa hormat dan sifat empati makin terhakis, konflik kecil dalam hubungan sosial mahupun pergolakan emosi diri bertukar menjadi tindakan drastik tanpa memikirkan akibatnya.
Natijah ini bukanlah khas dan unik kepada masyarakat di Malaysia sahaja. Bahkan di serata dunia, krisis akhlak semakin lantang disuarakan. Sebagai contoh, di Cleveland seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun (dikenali dalam laporan berita sebagai ‘M.H.’) dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dituduh melakukan kekerasan jenayah dengan menyerang, membelasah dan merogol seorang budak perempuan berusia lima tahun di sebuah padang pada September 2025.
Insiden keganasan ini kedengaran ekstrem dan terlalu asing. Bahkan, dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan 5,681 kes buli fizikal, lisan, bukan lisan serta buli siber dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Krisis sahsiah dan isu keselamatan sebegini jelas apabila beberapa insiden hitam yang meragut nyawa pelajar di kawasan sekolah direkodkan sekitar 2025 hingga 2026.
Pada Julai 2025, adik Zara Qairina Mahathir ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah. Kes ini menjadi perhatian umum berikutan dakwaan wujudnya unsur buli dan tekanan di asrama.
Prosiding inkues yang bermula sejak 3 September 2025 masih berjalan bagi menentukan punca sebenar kematiannya.
Pada 14 Oktober 2025, berlaku insiden tikaman pelajar perempuan di Petaling Jaya, Selangor sehingga mengakibatkan kematian mangsa. Kejadian didakwa berpunca daripada motif perselisihan peribadi dan penolakan cinta.
Pada 24 September lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan dan membebaskan seorang lelaki berusia 15 tahun daripada pertuduhan mem bunuh sebaliknya memerintahkan remaja lelaki itu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Pada September 2026 pula, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah di Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi jenayah bunuh dan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Terkini, pada 3 Oktober lalu, tubuh adik Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal ditemukan dengan kesan kecederaan parah di dewan sekolah oleh ahli keluarganya. Siasatan mengesyaki mangsa dibunuh dan pihak polis menahan tiga orang rakan sekolah bagi membantu siasatan.
Kemerosotan akhlak dan tragedi yang berlaku memanggil semua pihak untuk bertindak secara kolektif tanpa menuding jari semata-mata.
Bagi kesemua keluarga yang melalui kesan keruntuhan akhlak remaja ini, sudah tentu persoalan utama di minda berpusar kepada apa lagi yang kita sebagai masyarakat boleh lakukan untuk menghentikan trend berbahaya ini.
KASIH SAYANG JUGA MEMERLUKAN KETEGASAN
Kerana itulah, peranan rumah dan keluarga sebagai pusat sosialisasi pertama dan utama bagi anak-anak perlu ditekankan. Ibu bapa perlu mempraktikkan ilmu keibubapaan secara aktif dengan mendengar luahan anak-anak dan mengesan perubahan tingkah laku mereka.
Ini termasuklah mengawasi interaksi anak-anak terhadap kandungan di alam maya. Tanpa ketegasan mengawal tingkah-laku mereka, ibu bapa membenarkan nilai dan fahaman asing menyusup masuk dan menjadi jati diri anak-anak tanpa mereka sedari.
Jika keluarga tidak mampu lagi memikul amanah ini, Bahagian 7 Akta Kanak-Kanak 2001, memperuntukkan pilihan yang ada bagi kanak-kanak di luar kawalan.
Di bawah Seksyen 46 Akta 611, jika ibu atau bapa seseorang kanak-kanak membuat permintaan bertulis kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan kanak-kanak itu atas alasan ibu bapa tidak dapat menjalankan kawalan yang sepatutnya ke atas kanak- kanak itu, maka mahkamah itu boleh bertindak untuk menyiasat dan mengarahkan agar anak itu ditahan buat sementara di tempat perlindungan jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian.
Adakah ibu bapa cukup jujur, telus dan berani menimbangkan pilihan ini?
Ketegasan dalam menangani masalah disiplin remaja bukanlah kerana amarah tetapi kerana rasa kasih dan naluri melindungi mereka daripada ketidakmatangan diri mereka. – UTUSAN
PENULIS ialah pengamal undang-undang beramal di Kuala Lumpur.
The post Di mana hilangnya kesopanan dan kesusilaan generasi muda? appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.