Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi51World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia45MB N Sembilan akan hadapi usul tidak percaya?45General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon44General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar43Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM41Budget 2027: Early schooling aid increased to RM200 for every student41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m40Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori40Peminjam tertunggak PTPTN dialu-alukan runding struktur semula bayaran balik39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewConfirmedupdated 1 h ago

Dian Jasmeen perlu RM180,000 untuk pemindahan hati

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 13:05 MYTLatest activity 10 Oct, 13:10BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri dari Port Dickson, Negeri Sembilan merayu bantuan orang ramai bagi mengumpul RM180,000 untuk membiayai pembedahan pemindahan hati anak perempuan mereka berusia 10 bulan. (Berita Harian, 13:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Dian Jasmeen perlu RM180,000 untuk pemindahan hati

By Muhamad Lokman Khairi · 10 Oct, 13:05 MYT

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri dari Port Dickson, Negeri Sembilan merayu bantuan orang ramai bagi mengumpul RM180,000 untuk membiayai pembedahan pemindahan hati anak perempuan mereka berusia 10 bulan.

Dian Jasmeen Ahmad Zahid Fahmi, anak kepada pasangan Ahmad Zahid Fahmi Hasnul Elmi, 30, dan isteri, Wan Anis Syahidah Wan Rosli, 30, dijadual menjalani prosedur itu di Hospital Renji, Shanghai, China, awal bulan depan.

Setakat malam tadi, keluarga itu berjaya mengumpul kira-kira RM73,000 dan masih memerlukan RM107,000 bagi menampung kos pembedahan, tiket penerbangan, pengangkutan, makanan serta penginapan sepanjang kira-kira sebulan di negara berkenaan.

Wan Anis Syahidah berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu mengalami masalah fungsi hati yang serius sejak lahir sehingga menyebabkan demam kuning yang dialaminya tidak surut.

Doktor mengesyaki bayi berkenaan menghidap biliary atresia , iaitu keadaan saluran hempedu tersumbat atau tidak terbentuk dengan sempurna.

Katanya, pemeriksaan ultrabunyi di Hospital Taiping turut menunjukkan terdapat masalah pada struktur hati bayi mereka sebelum anaknya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menjalani pembedahan ketika berusia dua bulan.

Pembedahan itu yang dirujuk sebagai prosedur 'Kasai' bertujuan membuang atau memintas saluran hempedu yang tersumbat bagi membantu pengaliran hempedu dari hati ke usus, namun bukan rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit berkenaan sepenuhnya.

"Doktor sudah menjelaskan pembedahan itu hanya bertujuan melambatkan kerosakan hati dan ada risiko ia tidak berjaya.

"Kami tetap berharap dia akan pulih, tetapi bacaan kuning semakin meningkat selepas pembedahan," katanya ketika dihubungi.

Wan Anis berkata, apabila keadaan kesihatan Dian Jasmeen terus merosot, anaknya dirujuk ke Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur pada Jun lalu untuk menjalani saringan bagi pemindahan hati.

Saringan itu turut membabitkan pemeriksaan terhadap ibu bapanya bagi mengenal pasti penderma hati yang sesuai. Hasil pemeriksaan mendapati Ahmad Zahid lebih sesuai menjadi penderma kerana mempunyai kumpulan darah yang sepadan dengan anak mereka.

Bagaimanapun, pemindahan hati di Malaysia memerlukan bayi mempunyai berat sekurang-kurangnya lapan kilogram (kg), sedangkan berat Dian Jasmeen ketika menjalani saringan hanya sekitar 6kg dan masih belum meningkat seperti diharapkan.

Selepas mengetahui pemindahan hati boleh dilakukan di Hospital Renji dan dengan keadaan berat badan bayi terbabit ketika ini, pasangan itu mengambil keputusan mendapatkan rawatan di China.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih mencabar kerana Wan Anis terpaksa berhenti kerja sebagai eksekutif jaminan kualiti di sebuah syarikat swasta sejak Jun lalu bagi menjaga Dian Jasmeen yang memerlukan perhatian sepanjang masa, manakala suaminya bertugas sebagai anggota tentera.

Menurutnya, Dian Jasmeen kerap membuang air besar antara lapan hingga 10 kali sehari, selain sukar tidur dan sering memerlukan perhatian ibunya.

"Keadaan itu turut meningkatkan perbelanjaan keluarga bagi keperluan lampin dan susu khas. Kami hanya mahu berusaha memberikan peluang kepadanya untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Wan Anis di talian 018-8736926.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow14:00
Latest 14:24 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
10 Oct, 13:05 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Dian Jasmeen perlu RM180,000 untuk pemindahan hati · Malaysian Attention Engine