Malaysian Attention Engine
Live wire
72Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok55Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times44General : MINDEF To Use Idle Military Land For Food Security, Veteran Welfare -- Mohamed Khaled44General : TH Depositors' Money Not Used To Fund PERKESO For Religious Workers - Zulkifli44World : Haze: Malaysia, Indonesia Discuss Joint Solutions43Pemancing terkejut jumpa bom mortar di tepi sungai41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40General : Sinkhole: JKR To Install Bailey Bridge On Gua Musang-Kota Bharu Road402 suspek curi kabel ditahan selepas kereta terbabas39Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Dian Sastrowardoyo tidak sombong, Idan Aedan kongsi pengalaman

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 14:04 MYTLatest activity 11 Oct, 14:04BMconfidence 60%

What happened

Dian Sastrowardoyo tidak sombong, Idan Aedan kongsi pengalaman (Harian Metro, 14:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Dian Sastrowardoyo tidak sombong, Idan Aedan kongsi pengalaman

By Syafil Syazwan Jefri · 11 Oct, 14:04 MYT

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Idan Aedan menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang melabelkan bintang filem Indonesia, Dian Sastrowardoyo sebagai seorang yang sombong atau bersikap 'diva'.

Idan, 22, yang berpeluang bekerjasama dengan pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu menerusi filem The Fox King menyifatkan pengalaman berlakon bersama Dian sebagai satu impian yang menjadi kenyataan.

"Tanggapan bahawa dia sombong atau 'diva' itu salah sama sekali. Dia sangat rendah diri, bersikap terbuka dan amat suka bekerjasama.

"Untuk seorang bintang besar yang mempunyai nama tersohor sepertinya, dia tidak segan untuk bertanya pendapat kami di set penggambaran. Bagaimana, kami mahu menjayakan sesuatu babak dan perkara itu membuatkan saya rasa amat kagum," katanya kepada Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Idan turut berkongsi bahawa Dian tidak kekok untuk bergaul mesra dengan tenaga kerja lain sepanjang penggambaran berlangsung.

"Kadang-kadang kami hanya duduk, berjalan dan melepak bersama di set. Dia langsung tidak sombong, malah sehingga kini kami masih berhubung dan saya masih menerima bimbingan daripadanya mengenai kerjaya lakonan saya," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pencalonannya dalam senarai Top 5 kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) menerusi filem Abah Saya Uncle Mike, Idan mengakui terkejut, namun berasa amat bersyukur.

Katanya, dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran atau harapan untuk merangkul trofi kemenangan, sebaliknya menganggap tercalon bersama pelakon senior dan hebat lain adalah kejayaan besar buat dirinya.

"Saya terkejut dan sampai sekarang masih belum dapat mencerna perkara ini sepenuhnya. Namun, saya bersyukur dan mahu mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan produksi filem. Tanpa mereka yang jujur dan hebat, pencalonan ini tidak akan berlaku.

"Untuk berada sebaris dan duduk di sebelah nama-nama hebat dalam kategori ini sahaja, saya sudah rasa seperti satu kemenangan besar buat diri saya," katanya.

Selain Idan, senarai Top 5 kategori berkenaan turut diisi nama-nama besar iaitu Datuk Eman Manan, Shaheizy Sam, Beto Kusyairy dan Amerul Affendi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 14:15 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 14:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    14:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.