
Dilema di sebalik keganasan seksual
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Dilema di sebalik keganasan seksual (Kosmo!, 09:10)
Read the reporting
1 report
Dilema di sebalik keganasan seksual
Bersama
Dr Muhammad Haziq Zaini
Apabila membincangkan keganasan seksual, perhatian masyarakat lazimnya tertumpu kepada kejadian yang berlaku di peringkat paling serius, khususnya sexual assault dan rogol.
Perbincangan kemudian berkisar tentang siapa pelaku, siapa mangsa, bagaimana kejadian berlaku dan apakah bentuk hukuman yang sewajarnya. Namun, pendekatan pencegahan tidak seharusnya bermula apabila jenayah telah berlaku. Kita perlu melihat kepada faktor sosial dan budaya yang wujud jauh lebih awal.
Konsep Rape Culture Pyramid menawarkan satu kerangka yang berguna untuk memahami perkara ini. Piramid tersebut menggambarkan bagaimana sikap, kepercayaan dan tingkah laku yang kelihatan kecil atau tidak berbahaya boleh menyumbang kepada suatu persekitaran sosial yang menormalisasikan atau meremehkan keganasan seksual.
Pada bahagian bawah piramid terdapat bentuk-bentuk tingkah laku seperti stereotaip gender, objektifikasi seksual, jenaka seksual, catcalling, sexual harassment dan victim blaming.
Walaupun tingkah laku tersebut tidak mempunyai tahap keseriusan yang sama dengan sexual assault atau rogol, penerimaan berterusan terhadapnya boleh membentuk norma sosial yang mengurangkan sensitiviti masyarakat terhadap pelanggaran boundaries dan hak individu.
Di peringkat yang lebih tinggi, tingkah laku menjadi semakin serius, termasuk sexual coercion, unwanted sexual contact dan sexual assault, sebelum mencapai bentuk keganasan seksual yang paling serius.
Penting untuk ditegaskan bahawa piramid ini bukan model sebab-akibat yang bermaksud setiap individu yang terlibat dalam tingkah laku seksual yang tidak sesuai akan menjadi pelaku rogol.
Sebaliknya, ia merupakan kerangka untuk memahami bagaimana sesuatu budaya boleh mewujudkan toleransi terhadap tingkah laku yang melanggar maruah, autonomi dan keselamatan individu.
Persoalannya bukan semata-mata apakah sesuatu tingkah laku itu ‘cukup serius’ untuk dikenakan tindakan. Persoalan yang lebih penting ialah: mengapa kita membiarkan tingkah laku yang salah menjadi sesuatu yang biasa?
Consent bukan pilihan
Antara elemen paling penting dalam pencegahan keganasan seksual ialah pemahaman tentang consent atau persetujuan. Consent bukan sekadar ketiadaan penolakan. Ia perlu diberikan secara bebas, tanpa paksaan, manipulasi atau tekanan.
Persetujuan terhadap satu bentuk interaksi seksual juga tidak bermaksud persetujuan terhadap semua bentuk interaksi yang lain.
Status sebagai pasangan, suami atau isteri juga tidak menghapuskan hak seseorang terhadap tubuhnya sendiri.
Prinsip ini perlu difahami bukan sahaja oleh golongan dewasa, tetapi juga oleh generasi muda.
Pendidikan mengenai consent, boundaries dan mutual respect tidak sepatutnya hanya muncul selepas berlakun sesuatu kes. Ia perlu menjadi sebahagian daripada pendidikan sosial dan pembentukan karakter sejak awal.
Keluarga merupakan institusi sosial pertama yang membentuk pemahaman anak tentang hubungan, gender, kuasa, rasa hormat dan batas peribadi.
Pendidikan berkaitan keselamatan seksual tidak semesti bermaksud mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan seksual yang tidak sesuai dengan usia.
Sebaliknya, ia boleh bermula dengan pendidikan asas tentang tubuh, privasi, boundaries, keselamatan dan hak untuk menolak sentuhan yang tidak diingini. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu menilai semula norma yang diwariskan kepada anak-anak.
Anak lelaki tidak seharusnya dibesarkan dengan tanggapan bahawa tingkah laku agresif, dominan atau seksual merupakan sesuatu yang semula jadi dan perlu diterima.
Anak perempuan pula tidak seharusnya dibesarkan dengan tanggapan bahawa mereka bertanggungjawab mengawal tingkah laku orang lain melalui pakaian, pergerakan atau cara mereka membawa diri. Tanggungjawab terhadap sesuatu perlakuan perlu diletakkan kepada individu yang melakukan perlakuan tersebut.
Lebih penting, ibu bapa perlu menunjukkan contoh melalui tingkah laku mereka sendiri. Kanak-kanak belajar bukan sahaja melalui nasihat, tetapi melalui apa yang mereka lihat dan alami dalam persekitaran keluarga.
Tanggungjawab besar
Sekolah dan institusi pendidikan pula mempunyai peranan penting dalam membentuk norma sosial generasi akan datang. Guru bukan hanya menyampaikan ilmu akademik. Mereka turut berperanan membentuk kefahaman pelajar mengenai rasa hormat, tanggungjawab, empati dan hubungan yang sihat.
Apabila tingkah laku seksual yang tidak sesuai berlaku dalam persekitaran pendidikan, respons orang dewasa amat penting. Perkara yang kelihatan kecil tidak seharusnya terus dianggap sebagai gurauan atau kenakalan biasa tanpa memberikan kefahaman tentang batas yang sepatutnya.
Pelajar perlu diajar untuk mengenal pasti perbezaan antara gurauan dengan harassment, antara tarikan dengan gangguan, serta antara persuasion dengan coercion.
Lebih penting, mereka perlu memahami bahawa seseorang tidak kehilangan hak terhadap tubuh dan keselamatan dirinya hanya kerana berada dalam hubungan romantik atau mempunyai sejarah hubungan dengan seseorang.
Institusi pendidikan juga perlu memastikan mekanisme pelaporan dan sokongan kepada mangsa berfungsi dengan baik. Mangsa perlu mempunyai keyakinan bahawa apabila mereka bersuara, aduan mereka akan didengar, dinilai secara profesional dan dikendalikan tanpa stigma atau victim blaming.
Masyarakat juga memainkan peranan dalam menentukan tingkah laku yang diterima sebagai norma. Media, kandungan digital, komuniti dan jaringan sosial boleh membentuk persepsi tentang gender, seksualiti, kuasa dan hubungan.
Dalam era media sosial, normalisasi juga boleh berlaku dengan sangat pantas apabila kandungan yang merendahkan, mengobjektifikasikan atau mempermalukan seseorang dikongsi dan diberikan perhatian secara berterusan.
Sebab itu, pencegahan keganasan seksual memerlukan perubahan pada tahap budaya, bukan hanya perubahan pada tahap individu.
Kita perlu membina masyarakat yang tidak menilai keseriusan sesuatu perlakuan berdasarkan sejauh mana mangsa ‘melawan’, bagaimana mangsa berpakaian atau siapa hubungan mangsa dengan pelaku.
Sebaliknya, fokus perlu diberikan kepada persoalan tentang consent, boundaries, tanggungjawab dan keselamatan.
Jangan tunggu
Rape Culture Pyramid mengingatkan kita bahawa pencegahan perlu berlaku jauh sebelum keganasan seksual mencapai tahap paling serius. Kita tidak boleh hanya mengajar masyarakat bahawa rogol adalah salah. Itu sudah tentu benar, tetapi ia tidak mencukupi.
Kita juga perlu mengajar bahawa sexual harassment adalah salah. Memaksa seseorang melakukan sesuatu yang tidak dipersetujui adalah salah. Menyentuh seseorang tanpa persetujuan adalah salah.
Mengobjektifikasikan seseorang bukan sesuatu yang perlu dinormalisasikan. Menyalahkan mangsa bukan satu bentuk pencegahan.
Yang lebih penting, kita perlu membina generasi yang memahami bahawa rasa hormat terhadap tubuh, autonomi dan maruah orang lain bukan pilihan moral yang boleh digunakan apabila convenient. Ia merupakan tanggungjawab sosial.
Pencegahan keganasan seksual bukan bermula di bilik mahkamah dan bukan hanya selepas laporan polis dibuat.
Ia bermula di rumah, di sekolah, di universiti, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Ia bermula apabila ibu bapa mengajar anak tentang boundaries.
Ia bermula apabila guru berani menangani tingkah laku yang tidak sesuai. Ia bermula apabila rakan memilih untuk menegur, bukan ketawa.
Ia bermula apabila masyarakat berhenti mencari alasan untuk tingkah laku pelaku dan mula memberikan perhatian kepada hak serta keselamatan individu.
Dan yang paling penting, ia bermula apabila kita berhenti menganggap perkara yang salah sebagai perkara yang biasa. Rogol mungkin berlaku dalam satu peristiwa, tetapi budaya yang membolehkan keganasan seksual dinormalisasikan terbentuk sedikit demi sedikit.
Oleh itu, usaha mencegahnya juga perlu bermula lebih awal, sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.
The post Dilema di sebalik keganasan seksual appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.