
Disiplin murid tanggungjawab bersama
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DISIPLIN ialah asas penting dalam pembentukan sahsiah murid dan kelancaran pendidikan. Sekolah bukan sekadar tempat menimba ilmu, malah ruang untuk anak-anak belajar menghormati orang lain, mematuhi peraturan, mengawal tingkah laku dan memikul tanggungjawab. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Disiplin murid tanggungjawab bersama
DISIPLIN ialah asas penting dalam pembentukan sahsiah murid dan kelancaran pendidikan. Sekolah bukan sekadar tempat menimba ilmu, malah ruang untuk anak-anak belajar menghormati orang lain, mematuhi peraturan, mengawal tingkah laku dan memikul tanggungjawab.
Guru hari ini berdepan pelbagai salah laku, termasuk ponteng, datang lewat, pergaduhan, buli, bahasa kasar, kerosakan harta benda serta penyalahgunaan media sosial.
Perkembangan teknologi turut menjadikan keadaan lebih rumit apabila tindakan guru boleh dirakam dan disebarkan tanpa memahami keseluruhan situasi.
Namun, setiap kesalahan mempunyai sebab. Ada murid terpengaruh dengan rakan sebaya, berdepan masalah keluarga atau tekanan emosi. Justeru, guru perlu memahami punca sebelum mengambil tindakan.
Teguran hendaklah dilakukan secara berhemah, jelas dan mendidik tanpa kata-kata kesat atau penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah.
Ketegasan tetap diperlukan. Peraturan perlu diterangkan sejak awal dan dilaksanakan secara konsisten supaya murid memahami batas tingkah laku serta akibat daripada pelanggaran yang dilakukan.
Dalam masa sama, guru perlu berlaku adil dan tidak menghukum berdasarkan andaian.
Sebelum tindakan disiplin diambil, murid wajar diberi peluang menjelaskan keadaan. Keterangan saksi dan rekod berkaitan juga perlu diteliti jika diperlukan.
Bagi kes serius seperti buli, pergaduhan, ancaman keselamatan atau masalah emosi, guru boleh mendapatkan bantuan guru disiplin, kaunselor dan pihak pentadbir.
Matlamat disiplin bukan untuk membalas kesalahan tetapi membantu murid berubah. Pendekatan seperti kaunseling, refleksi dan tanggungjawab yang sesuai dapat membantu mereka memahami kesan perbuatan serta mengelakkan kesalahan berulang.
Ibu bapa pula perlu menjadi rakan kepada sekolah. Sebarang masalah hendaklah dibincangkan berdasarkan fakta, bukannya melalui tuduhan atau penyebaran perkara yang belum disahkan di media sosial.
Guru juga perlu menjadi teladan melalui sikap adil, tutur kata yang baik dan tanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Disiplin akhirnya bukan tanggungjawab guru semata-mata. Sekolah, keluarga dan masyarakat perlu berganding bahu membentuk persekitaran yang selamat, teratur dan mendidik.
Disiplin yang dibina dengan bimbingan dan ketegasan mampu melahirkan murid yang bertanggungjawab, beradab dan berintegriti. – UTUSAN
MINHAT DAUD
Parit Sulong,
Johor
The post Disiplin murid tanggungjawab bersama appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.