
Dua lelaki ada rekod jenayah ditahan, disyaki hasilkan 14 MyPR palsu
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Dua lelaki ada rekod jenayah ditahan, disyaki hasilkan 14 MyPR palsu (Harian Metro, 21:21)
Read the reporting
1 report
Dua lelaki ada rekod jenayah ditahan, disyaki hasilkan 14 MyPR palsu
am@hmetro.com.my
Kota Belud: Dua lelaki yang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan penipuan dan penyalahgunaan dadah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan urusan permohonan Kad Pemastautin Tetap (MyPR) di daerah ini.
Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 33 dan 41 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan, hari ini, susulan laporan seorang wanita yang mendakwa kerugian RM6,000 selepas membuat bayaran bagi menguruskan permohonan MyPR.
Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Khairul Shah Peri berkata, hasil serbuan berkenaan, polis merampas pelbagai barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan itu.
Katanya, antara yang dirampas termasuk sebuah kereta, kad pengenalan, kad MyPR, telefon bimbit, komputer riba, cop serta pelbagai peralatan dan dokumen berkaitan.
"Soal siasat awal mendapati kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam penghasilan kira-kira 14 keping kad MyPR palsu yang dikaitkan dengan daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Kota Kinabalu.
"Semakan lanjut turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan dan penyalahgunaan dadah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Khairul Shah berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan terdapat mangsa lain yang turut diperdaya oleh suspek.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro21:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.