
Dua penjenayah tak sempat joli RM3,000 dicekup polis
Only social or community posts, or a single source.
What happened
YAN: Dua lelaki tidak sempat berjoli wang hasil ragut berjumlah RM3,000 apabila dicekup polis kurang enam jam selepas melakukan jenayah itu di Jalan Singkir, di sini petang semalam. (Utusan Malaysia, 20:53)
Read the reporting
1 reportDua penjenayah tak sempat joli RM3,000 dicekup polis
YAN: Dua lelaki tidak sempat berjoli wang hasil ragut berjumlah RM3,000 apabila dicekup polis kurang enam jam selepas melakukan jenayah itu di Jalan Singkir, di sini petang semalam.
Dalam kejadian sekitar 3.30 petang, kedua-dua suspek berumur 20-an dikesan melalui telefon mangsa yang turut dilarikan, sebelum mereka ditahan kira-kira pukul 9 malam di Gurun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Aikap Dunding berkata, kejadian berlaku ketika seorang juruwang wanita berusia 42 tahun yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Tanjung Dawai.
“Suspek turut menunggang motosikal dan menghimpit mangsa sebelum bertindak meragut beg di dalam raga motosikal wanita itu hingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tangan.
“Beg mangsa yang mengandungi wang tunai kira-kira RM3,000, sebuah telefon bimbit serta dokumen pengenalan diri mangsa telah dilarikan,” katanya.
Beliau berkata, polis menemui semula wang yang diragut beserta telefon pintar milik mangsa dan semua dokumen peribadinya.
“Kedua-dua lelaki terbabit turut positif dadah dan semakan mendapati mereka memiliki rekod jenayah dan dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan,” katanya. – UTUSAN
The post Dua penjenayah tak sempat joli RM3,000 dicekup polis appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia20:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.