
Mahrez sah sertai Al Shamal
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
DOHA: Bekas tonggak Manchester City, Riyad Mahrez sah menyertai kelab Qatar, Al Shamal selepas menamatkan perjalanan tiga musim bersama Al Ahli. (Berita Harian, 22:19)
Read the reporting
1 report
Mahrez sah sertai Al Shamal
DOHA: Bekas tonggak Manchester City, Riyad Mahrez sah menyertai kelab Qatar, Al Shamal selepas menamatkan perjalanan tiga musim bersama Al Ahli.
Perpindahan pemain sayap Algeria berusia 35 tahun itu diumumkan Al Shamal menerusi media sosial,hari ini ketika kelab berkenaan berusaha memperkukuh cabaran dalam saingan liga.
"Kaki kirinya mencipta sejarah dan cita-cita kami kini mahu menulis kisah seterusnya. Riyad Mahrez dalam warna Al Shamal," menurut kenyataan kelab itu menerusi platform X.
Mahrez meninggalkan Al Ahli selepas membantu kelab Arab Saudi itu menjuarai Liga Juara-Juara Elit AFC dua musim berturut-turut, pada 2025 dan 2026.
Pemain kelahiran Perancis itu mula mencipta nama bersama kelab Perancis, Le Havre, sebelum menyertai Leicester City pada 2014.
Dia kemudian menjadi antara watak penting dalam kejayaan sensasi Leicester menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2016, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pemain sayap berbakat di Eropah.
Prestasi cemerlang itu membuka laluan buat Mahrez menyertai Manchester City, dengan beliau membantu kelab berkenaan meraih empat gelaran EPL serta trofi Liga Juara-Juara Eropah sebelum berhijrah ke Al Ahli.
Di pentas antarabangsa, Mahrez turut memainkan peranan penting dalam kejayaan Algeria menjuarai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada 2019.
Mahrez juga membantu skuad kebangsaan itu mara ke kelompok 32 terakhir Piala Dunia tahun ini, selain merekodkan 40 gol dalam 119 penampilan antarabangsa.
Mahrez sebelum ini mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia tahun ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian22:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.