
FIFA rancang dana pembangunan RM25.95 bilion
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
ZURICH: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) merancang menyediakan dana pembangunan bernilai AS$6.35 bilion (RM25.95 bilion) bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk diagihkan kepada 211 persatuan anggota serta konfederasi serantau. (Berita Harian, 22:50)
Read the reporting
1 report
FIFA rancang dana pembangunan RM25.95 bilion
ZURICH: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) merancang menyediakan dana pembangunan bernilai AS$6.35 bilion (RM25.95 bilion) bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk diagihkan kepada 211 persatuan anggota serta konfederasi serantau.
Rancangan itu dijangka mendapat kelulusan Majlis FIFA dalam mesyuarat di Zurich, Khamis ini, menurut sumber yang rapat dengan perkara berkenaan kepada Agensi Berita AFP.
Dana berkenaan akan dibiayai, sebahagiannya, menggunakan rizab kewangan FIFA selepas kejayaan komersial Piala Dunia 2026.
Menerusi cadangan itu, setiap satu daripada 211 persatuan anggota FIFA berpotensi menerima AS$25 juta (RM102.16 juta) bagi tempoh empat tahun berkenaan, jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding AS$10 juta (RM40.86 juta) yang dicadangkan oleh dua pengkritik utama Presiden FIFA, Gianni Infantino.
Mereka ialah Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, dan Presiden Konfederasi Bolasepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF), Victor Montagliani.
Mesyuarat Khamis ini menjadi pertemuan pertama Majlis FIFA sejak 28 April lalu, ketika badan induk bola sepak dunia itu berdepan tekanan berhubung isu tadbir urus.
Kontroversi tercetus selepas Infantino mengumumkan hasrat membuka ruang kepada pelabur swasta untuk memiliki pegangan dalam kejohanan premium FIFA, termasuk Piala Dunia, pada musim panas lalu.
Bagaimanapun, rancangan itu akhirnya dibatalkan susulan kritikan meluas daripada komuniti bola sepak antarabangsa, dengan UEFA, CONCACAF dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) antara pihak yang menentangnya.
Pada penghujung September lalu, Infantino melancarkan proses rundingan dengan persatuan anggota bagi memperbaharui cara FIFA beroperasi.
Beliau turut memaklumkan bahawa cadangan awal hasil proses itu mungkin dibentangkan seawal mesyuarat Majlis FIFA Khamis ini.
Infantino, 56, yang menerajui FIFA sejak 2016, bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan presiden badan itu pada Mac 2027.
Bagaimanapun, pihak yang menentangnya setakat ini masih belum mencapai persetujuan mengenai calon alternatif.
Ceferin pula memilih untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UEFA, manakala beberapa laporan media menjangkakan Montagliani turut bertanding bagi penggal baharu sebagai Presiden CONCACAF.
Tarikh akhir penyerahan pencalonan bagi pemilihan Presiden FIFA ditetapkan pada 18 November ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian22:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.