Malaysian Attention Engine
Live wire
52Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44Laporan harian diterima sahkan rakyat Malaysia di Arab Saudi selamat42224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202642Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian41'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil40BNM, SC gesa orang ramai berwaspada terhadap video ‘deepfake’ menyamar pegawai kanan37Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda37F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta36Gelaran Piala Raja Thai misi seterusnya skuad sepak takraw negara36Apple unveils the new Apple TV 4K, supercharged by Siri AI – Company Announcement - FT.com35General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Dua tahun Mak Wan Latah terduduk kerana kontroversi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 11:09 MYTLatest activity 14 Oct, 11:09BMconfidence 60%

What happened

Dua tahun Mak Wan Latah terduduk kerana kontroversi (Harian Metro, 11:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Dua tahun Mak Wan Latah terduduk kerana kontroversi

By Syafil Syazwan Jefri · 14 Oct, 11:09 MYT

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : "Jangan hukum Mak Wan disebabkan dosa lalu. Mak Wan mengaku Mak Wan seorang pendosa, tapi tolonglah jangan hukum rezeki Mak Wan."

Demikian rintihan pelakon veteran, Halimatussa'diah Mohd Daud atau lebih mesra disapa Mak Wan Latah, 65, yang mendedahkan punca kejatuhan kerjaya lakonannya sehingga terputus rezeki selama dua tahun akibat impak kontroversi serta kecaman netizen.

Mak Wan berkata, kecaman melampau dan tuduhan liar yang dilemparkan terhadapnya bukan sahaja menyebabkan tawaran lakonan 'kering', malah memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal serta mentalnya.

"Dua tahun Mak Wan terpaksa 'terduduk' disebabkan masalah kontroversi. Selepas timbul isu itu, terus Mak Wan jatuh sakit.

"Orang banyak mengata dan menuduh Mak Wan bukan-bukan. Ada yang kata Mak Wan penipu, bohong kononnya tak ada duit. Kalau Mak Wan tak bekerja, Mak Wan nak dapat duit dari mana?

"Akibat terlalu tertekan memikirkan tanggapan orang, Mak Wan jatuh sakit selama dua tahun," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lebih lanjut, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu mengakui tidak pernah memilih watak mahupun menetapkan kadar bayaran tinggi, sebaliknya cuma inginkan peluang untuk bekerja seperti dahulu.

"Mak Wan tak kisah bayaran berapa-berapa, janji ada 'job'. Mak Wan kalau dapat watak 'extra' (sampingan) pun Mak Wan okey. Janji cukup untuk bayar tambang teksi ke hospital dan beli makanan.

"Janganlah mengata Mak Wan lagi, Mak Wan tak mampu nak hadap semua ini. Dulu masa berlakon, ada duit lebih pun orang dah ambil habis. Sekarang Mak Wan cuma nak cari rezeki daripada titik peluh sendiri, bukan nak minta bantuan ihsan orang semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, Mak Wan turut merayu kepada orang ramai serta pihak industri agar tidak mudah menghukum kehidupan seorang penggiat seni berdasarkan khabar angin atau kisah silam.

"Jangan cepat menghukum seseorang sebab kita tak tahu kehidupan sebenar dia macam mana. Lebih baik kita berdoa yang baik-baik.

"Dahulu Mak Wan 'shooting' dari jam 7 pagi sampai tengah malam, Mak Wan gembira dengan kerja Mak Wan. Janganlah terus hukum dan sekat rezeki Mak Wan," katanya.

Selain berdepan masalah kekurangan tawaran berlakon, Mak Wan kini berdepan beberapa komplikasi kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan penyakit buah pinggang yang memerlukan perbelanjaan bulanan bagi pembelian suplemen serta ubat-ubatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 11:56 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 11:09 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.