
Dulu kostum adiwira, Cikgu Sudirman guna peranti VR tarik minat murid
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Dulu kostum adiwira, Cikgu Sudirman guna peranti VR tarik minat murid (Harian Metro, 17:54)
Read the reporting
1 report
Dulu kostum adiwira, Cikgu Sudirman guna peranti VR tarik minat murid
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Semporna: Bagi menarik minat murid, guru ini menggunakan peranti teknologi Realiti Maya (VR) sebagai tarikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.
Sudirman Tawakal, 48, yang juga guru bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bugaya, di sini berkata, percubaannya itu tidak sia-sia kerana rata-rata murid nampak teruja setiap kali dia mengajar di hadapan kelas.
Inisiatifnya mendapat perhatian selepas berkongsi video di Facebook (FB) baru-baru ini hingga menarik lebih 80,000 tontonan.
Bercerita lanjut, Sudirman berkata, inisiatif itu dilakukan bagi mencari kelainan dalam sesi PdP seiring dengan saranan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
"Idea ini tercetus kerana melihat kaedah digunakan guru luar negara dan terinspirasi dengan mereka.
"Sebagai guru, saya kena kreatif dan sentiasa cari idea baharu untuk mengajar kerana bukan mudah nak dapatkan perhatian murid ketika di dalam kelas.
"Jadi, penggunaan peranti VR langkah terbaru saya untuk pelbagaikan kaedah mengajar kerana sudah 17 tahun menjadi pendidik... sebelum ini pun, saya pernah menggunakan kostum adiwira untuk menarik perhatian di SK Pulau Mabul ketika mengajar di sekolah berkenaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Sudirman, penggunaan peranti VR memberi kepuasan buatnya kerana mewujudkan interaksi dua hala dengan anak muridnya.
"Ia membuatkan sesi PdP lebih 'hidup' dan murid teruja kerana saya beri peluang juga untuk mereka gunakan peranti itu.
"Boleh nampak mereka lebih bersemangat berbanding sebelum ini hingga tiada kelas pun, mereka tanya bila nak masuk mengajar bila nampak saya.
"Nampak mereka tertunggu-tunggu dan sesi PdP jadi lebih seronok hingga sejam tak terasa kerana pantas berlalu," katanya.
Menurut Sudirman, penggunaan VR akan terus digunakan sebagai pendekatan dalam PdP selagi mana ia memberi manfaat.
"Terima kasih juga kepada rakan saya, Muhammad Abuzhar Hakimi Nasir Hussain atau Abang VR kerana membantu saya dalam meneroka dunia VR.
"Hasil bimbingannya, saya dapat berkongsi dengan anak murid selain dijemput untuk membentang amalan terbaik penggunaan VR dalam PdP di SK Bubul, di sini sempena pelancaran minggu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sekolah berkenaan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro17:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.