
E-ART penyelesaian terbaik kesesakan Johor Bahru
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JOHOR BAHRU: Pembinaan sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (E-ART) disifatkan sebagai penyelesaian jangka masa panjang terbaik dan paling berkesan bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di bandar raya ini. (Utusan Malaysia, 08:16)
Read the reporting
1 report
E-ART penyelesaian terbaik kesesakan Johor Bahru
JOHOR BAHRU: Pembinaan sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (E-ART) disifatkan sebagai penyelesaian jangka masa panjang terbaik dan paling berkesan bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di bandar raya ini.
Presiden Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM), Prof. Dr. Muhammad Zaly Shah berkata, projek itu berada dalam perancangan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) dan telah dibincangkan bersama Kementerian Pengangkutan sejak 2023.
Sehubungan itu, beliau memberitahu pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan projek pengangkutan moden yang dinanti-nantikan penduduk Johor Bahru.
“Pelaksanaan E-ART perlu disegerakan tanpa sebarang penangguhan kerana jangkaan peningkatan kemasukan trafik dan juga pelawat dari Singapura sebaik sahaja Sistem Transit Rapid (RTS) Link mula beroperasi kelak.
“Sektor korporat dan pemaju hartanah tempatan juga digesa memberi sokongan terhadap projek ini bagi memastikan matlamat Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dapat dicapai secara menyeluruh di sepanjang laluan E-ART,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau yang juga Pengarah Institut Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar (RISE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut memberitahu, pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini juga dituntut mengintegrasikan jajaran E-ART dalam perancangan fizikal masing-masing, terutama menerusi penyelarasan semula dokumen Rancangan Tempatan.
“Langkah bersepadu penting bagi memastikan impak pembangunan perkhidmatan itu berjalan seiring dengan ketersediaan infrastruktur pengangkutan moden, sekali gus memberi limpahan manfaat ekonomi terus kepada rakyat.
“Apabila beroperasi sepenuhnya kelak, sistem pengangkutan awam baharu ini dijangka mampu mengurangkan masa perjalanan harian pengguna darat secara signifikan khususnya di sekitar kawasan metropolitan Johor Bahru,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut memberitahu struktur kadar tambang juga perlu bersifat mesra rakyat, termasuk pengenalan pas subsidi tambang bulanan seumpama program My50 yang kini dinikmati penduduk di Lembah Klang bagi menarik lebih ramai pengguna. – UTUSAN
The post E-ART penyelesaian terbaik kesesakan Johor Bahru appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.