Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Rantau Panjang MP Siti Zailah Injured In Kuala Lipis Road Accident52Remaja dituduh bunuh pelajar politeknik46Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit45General : Haze: Boarding School Students Advised To Remain In Hostels During Closures - Fadhlina43AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say42World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport42Bayi antara 2 maut kemalangan 4 kenderaan di Gua Musang37Miskin hina saya yang dulu tetap bangga jadi rakyat Malaysia – Stacy37Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35Malaysia terus diselubung jerebu, Indonesia perinci usaha tangani kebakaran35Agong berkenan terima menghadap Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM
NewConfirmedupdated 4 h ago

E&O perkukuh segmen premium menerusi komuniti

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 07:30 MYTLatest activity 12 Oct, 07:30BMconfidence 80%

What happened

E&O perkukuh segmen premium menerusi komuniti (Utusan Malaysia, 07:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

E&O perkukuh segmen premium menerusi komuniti

By ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI · 12 Oct, 07:30 MYT

Mukadimah

PASARAN hartanah premium Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan kos pembangunan yang meningkat, namun corak pembelian kini semakin tertumpu kepada nilai jangka panjang, kebolehdiaman dan kekuatan ekosistem sesebuah kawasan.

Bagi Eastern & Oriental Berhad (E&O), perubahan cita rasa pembeli itu mendorong syarikat memberi tumpuan kepada pembangunan yang bukan sekadar menawarkan kediaman berkualiti, tetapi turut membentuk komuniti dan persekitaran kehidupan yang lengkap.

Ikuti temubual bersama Wartawan Utusan Malaysia , Zakkina Wati Ahmad Tarmizi bersama Pengarah Urusan E&O, Kok Tuck Cheong mengenai konsep kemewahan dalam segmen premium kini telah berubah daripada ukuran konvensional kepada pengalaman hidup yang lebih menyeluruh.

UTUSAN: Apakah strategi utama E&O untuk mengukuhkan kedudukan dalam segmen hartanah premium Malaysia?

TUCK CHEONG: Kehidupan premium hari ini telah berkembang melangkaui konsep kemewahan konvensional. Pembeli bukan lagi hanya mencari kediaman yang direka dengan baik, tetapi turut memberi perhatian kepada aspek kebolehdiaman, ketersambungan, kualiti persekitaran dan rasa komuniti yang kukuh.

Di E&O, strategi kami adalah untuk mencipta tempat dan membina komuniti, bukan sekadar membangunkan projek. Kami mengambil perspektif jangka panjang mengenai bagaimana sesuatu pembangunan akan berkembang dan bagaimana ia boleh mencipta nilai yang berkekalan kepada penduduk.

Ini bermakna kami memberi perhatian terhadap lokasi, perancangan induk, reka bentuk, pembentukan persekitaran dan ekosistem yang menyokong kehidupan seharian.

Kami tidak mengejar kelainan semata-mata, sebaliknya memberi tumpuan kepada pembangunan yang mempunyai nilai berpanjangan.

Seri Embun di City of Elmina dan Andaman Island di Pulau Pinang mencerminkan pendekatan ini dalam bentuk yang berbeza, dengan menggabungkan perancangan yang teliti, persekitaran kehidupan berkualiti dan identiti tempat yang kukuh.

Mengapa E&O terus memberi tumpuan kepada pembangunan berteraskan gaya hidup?

Pasaran telah berubah daripada berorientasikan produk kepada semakin berorientasikan manusia. Pembeli tidak lagi melihat hanya spesifikasi sesebuah hartanah. Mereka menilai persekitaran yang lebih luas dan sama ada ia menyokong cara hidup mereka pada masa kini serta masa depan.

Gaya hidup, kesejahteraan dan komuniti juga telah berubah daripada sekadar ciri pembeza kepada sesuatu yang semakin menjadi jangkaan pembeli.

Ini memberi penekanan lebih besar kepada bagaimana ruang antara rumah dirancang, kemudahan yang disediakan dan bagaimana sesebuah pembangunan berhubung dengan persekitarannya.

Kami percaya pembangunan yang berjaya perlu memenuhi rentak dan keperluan kehidupan seharian. Sebab itu kami merancang komuniti berdasarkan cara orang hidup hari ini serta bagaimana keperluan mereka mungkin berubah pada masa akan datang.

Seri Embun mencerminkan pendekatan tersebut dengan menggabungkan kediaman, alam semula jadi, kemudahan gaya hidup dan ketersambungan dalam ekosistem City of Elmina yang telah berkembang.

Bagaimana E&O menyesuaikan strategi perniagaan dalam persekitaran ekonomi mencabar dan kos pembangunan yang meningkat?

Kitaran ekonomi akan sentiasa berubah, tetapi asas pembangunan yang baik kekal sama. Pendekatan kami adalah melabur dengan keyakinan, melancarkan projek secara berdisiplin dan kekal fokus kepada penciptaan nilai jangka panjang.

Dalam persekitaran yang lebih mencabar, kami mengutamakan kualiti, lokasi, perancangan induk dan kebolehdiaman berbanding mengejar jumlah jualan semata-mata.

Pembeli juga semakin teliti. Justeru, sesuatu projek perlu menawarkan nilai yang meyakinkan, bukan hanya ketika pembelian tetapi untuk tempoh jangka panjang.

Bagi kami, masa pelancaran juga penting. Seri Embun adalah contoh pendekatan ini. Kami memperoleh tanah tersebut kira-kira sedekad lalu dan memilih untuk melancarkannya apabila ekosistem City of Elmina telah berkembang ke tahap yang membolehkan pembeli melihat serta merasai sendiri manfaat yang ditawarkan.

Kami bukan membina hanya untuk kitaran pasaran seterusnya. Kami membina dengan mengambil kira generasi akan datang.

Bagaimana E&O melihat prestasi pasaran hartanah premium Malaysia tahun ini?

Segmen hartanah premium kekal berdaya tahan, walaupun pembeli kini lebih selektif mengenai lokasi dan jenis hartanah yang ingin dibeli. Definisi premium juga sedang berubah. Ia semakin berkait dengan kualiti persekitaran kehidupan secara keseluruhan, bukan hanya saiz, spesifikasi atau prestij.

Kami melihat pembeli memberi perhatian lebih dekat kepada asas seperti aksesibiliti, kemudahan yang telah tersedia, peluang pekerjaan, ruang hijau dan kekuatan ekosistem perbandaran.

Ini amat relevan kepada perbandaran yang telah berkembang seperti City of Elmina, yang terus dilengkapi komponen kediaman, komersial, gaya hidup dan infrastruktur komuniti.

Bagi Seri Embun, kemasukan ke pasaran pada tahap ini bermakna pembeli bukan sekadar membeli berdasarkan janji masa depan. Mereka sudah boleh menikmati ekosistem yang sedang berkembang di sekeliling mereka, sambil menjadi sebahagian daripada pertumbuhan seterusnya.

Adakah permintaan terhadap rumah premium masih kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi?

Permintaan masih berdaya tahan, tetapi jangkaan pembeli telah berubah. Pembeli kini membuat keputusan dengan lebih teliti dan bukan hanya melihat prestij. Mereka menilai asas hartanah dan lokasinya.

Bagi ramai pembeli, keyakinan datang daripada perbandaran yang dirancang dengan baik, mempunyai ketersambungan serta disokong kemudahan dan infrastruktur yang telah tersedia.

Mereka juga lebih berhati-hati dalam memikirkan bagaimana sesebuah rumah dapat memenuhi keperluan keluarga untuk tempoh lebih panjang.

Sebab itu kami percaya kualiti tempat adalah penting. Rumah yang dirancang dengan baik dalam ekosistem yang kukuh mampu menawarkan proposisi yang lebih lengkap berbanding pembangunan berdiri sendiri.

Seri Embun mendapat manfaat daripada kedudukannya dalam township City of Elmina yang telah dibangunkan, termasuk pelaburan dalam infrastruktur, ketersambungan, gaya hidup dan kemudahan komuniti.

Apakah trend utama pembeli rumah yang diperhatikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini?

Antara perubahan utama ialah pembeli semakin berhati-hati dan strategik dalam membuat keputusan. Mereka melihat melangkaui keperluan semasa dan semakin bertanya sama ada rumah serta persekitarannya akan terus sesuai untuk mereka dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Kekuatan township di sekeliling juga semakin penting. Pembeli mahukan akses mudah kepada kemudahan, ketersambungan, ruang hijau, pendidikan, pekerjaan dan pilihan gaya hidup.

Kami juga melihat pertimbangan lebih besar terhadap fleksibiliti ruang dalam rumah, khususnya bagi keluarga yang keperluannya berubah apabila anak-anak membesar atau apabila beberapa generasi tinggal bersama.

Ini mencerminkan peralihan lebih luas ke arah kebolehdiaman jangka panjang. – UTUSAN

The post E&O perkukuh segmen premium menerusi komuniti appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow08:00
Latest 08:09 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
12 Oct, 07:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

E&O perkukuh segmen premium menerusi komuniti
utusan.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
E&O perkukuh segmen premium menerusi komuniti
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.