Malaysian Attention Engine
Live wire
56Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok54Najib sudah terima dokumen perintah tahanan rumah, mekanisme dirahsiakan - Peguam54General : High Court Dismisses Najib's Bid To Stay 1MDB Jail Sentence, RM11.4 Billion Fine47Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan saman fitnah Saifuddin terhadap Sanusi46Isu pembatalan perolehan peluru berpandu, kerajaan sedia ke mahkamah45Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam45Elak kesilapan mudah lawan Kitchee - Aidil45Malaysia court denies ex-PM Najib Razak's request to suspend 15-year jail sentence45General : Gov't Proposes Licensing Regime For e-Commerce Platforms45General : AI Radar, Long-Range Cameras Planned For Kudat Maritime Border - Deputy Home Minister42Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis39[UPDATED]: Anwar: 'I will never forget taxi drivers who backed me in 1998'
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

‘Ekosistem alam terlalu hancur, yang rasa kita orang biasa’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 15:36 MYTLatest activity 14 Oct, 15:36BMconfidence 60%

What happened

LANTANG bersuara, penyanyi Indonesia Cakra Khan meluahkan rasa kebimbangan terhadap kerosakan alam sekitar terutamanya isu jerebu dan kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan ketika ini. (Kosmo!, 15:36)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

‘Ekosistem alam terlalu hancur, yang rasa kita orang biasa’

By HANISAH SELAMAT · 14 Oct, 15:36 MYT

LANTANG bersuara, penyanyi Indonesia Cakra Khan meluahkan rasa kebimbangan terhadap kerosakan alam sekitar terutamanya isu jerebu dan kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan ketika ini.

Pada masa sama, Cakra atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman, 34, menyelar sikap segelintir pihak berkuasa dan golongan elit yang dianggap tamak serta tidak mempedulikan nasib rakyat biasa.

“Ketika ekosistem alam sudah terlalu hancur, yang akan paling merasakan adalah kita masyarakat biasa.

“Bagi golongan kaya yang tamak dan pemimpin yang korup, mereka mampu mencari jalan melepaskan diri daripada kemusnahan alam sekitar. Kita tidak,” katanya dalam Threads.

Selain itu, pelantun lagu Mencari Cinta Sejati itu menyeru orang ramai untuk terus bersikap ambil tahu serta bangkit mempertahankan kelestarian alam.

“Bangkitlah, bersuara dan selamatkan bumi, hidupan liar serta kehidupan kita sendiri sebelum semuanya terlambat,” katanya lagi.

Dalam hantaran lain, Cakra turut mendesak pihak kerajaan negaranya mengambil tindakan tegas selain meluahkan rasa kesal apabila pencemaran tersebut menjejaskan penduduk di negara jiran.

“Kerajaan, lihatlah ini semua, rakyatmu ini. Asapnya sudah sampai menganggu saudara-saudara kita di negara jiran.

“Kasihan mereka yang terkena kesan semua ini, berhati-hati semua yang terkena musibah yang dibutakan orang bodoh dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Sebelum ini, Wilayah Kalimantan dan Sumatera di Indonesia berdepan kebakaran hutan dan tanah yang meluas tahun ini, dengan jerebu menjejaskan penerbangan, memaksa penutupan sekolah dan menyebabkan kualiti udara berada pada tahap berbahaya di beberapa kawasan di negara itu.

Masalah kebakaran tersebut turut memberi kesan kepada Malaysia apabila terpaksa berhadapan dengan isu jerebu yang teruk.

Setakat semalam, sebanyak 20 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Ekosistem alam terlalu hancur, yang rasa kita orang biasa’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:00
Latest 16:36 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
14 Oct, 15:36 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    15:36

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.