
EPL: Kulusevski kembali selepas 500 hari
Only social or community posts, or a single source.
What happened
LONDON – Tottenham Hotspur menerima suntikan moral apabila Dejan Kulusevski kembali beraksi dalam perlawanan latihan selepas lebih 500 hari diketepikan akibat kecederaan lutut yang memerlukan dua pembedahan. (Kosmo!, 09:30)
Read the reporting
1 report
EPL: Kulusevski kembali selepas 500 hari
LONDON – Tottenham Hotspur menerima suntikan moral apabila Dejan Kulusevski kembali beraksi dalam perlawanan latihan selepas lebih 500 hari diketepikan akibat kecederaan lutut yang memerlukan dua pembedahan.
Pemain sayap Sweden itu tidak beraksi bersama kelab mahupun negaranya sejak Mei 2025 selepas mengalami kecederaan serius pada tempurung lutut, sekali gus melalui tempoh pemulihan panjang yang mencecah kira-kira 17 bulan.
Menurut laporan, Kulusevski menyertai pasukan yang dibarisi pemain utama Spurs untuk menentang skuad gabungan pemain bawah 21 dan bawah 18 tahun minggu lalu, namun jumlah minit permainannya serta impak dalam perlawanan itu tidak diketahui.
Perkembangan tersebut membuka laluan kepada pemain berusia 26 tahun itu untuk meningkatkan kecergasan sebelum kembali beraksi dalam perlawanan kompetitif, termasuk peluang membuat penampilan pertama di bawah kendalian Roberto De Zerbi.
Bagaimanapun, Spurs masih belum menetapkan tarikh kepulangan Kulusevski ke skuad perlawanan kerana perkembangan pemulihannya terus dipantau dengan teliti oleh jabatan perubatan kelab yang kini menggunakan pendekatan lebih berhati-hati.
Langkah itu penting buat Spurs yang berdepan krisis kecederaan dalam dua musim lalu, malah beberapa pemain pertahanan termasuk Micky Van De Ven, Jan Paul Van Hecke dan Pedro Porro dilapor berdepan isu kecederaan ketika aksi bersama pasukan kebangsaan masing-masing.
Kepulangan Kulusevski amat dinantikan ketika Tottenham menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris dengan hanya mengutip dua mata dan menjaringkan dua gol selepas lima perlawanan, meskipun membelanjakan lebih £300 juta (RM1.62 bilion) untuk memperkuatkan skuad pada jendela perpindahan musim panas. – AGENSI
The post EPL: Kulusevski kembali selepas 500 hari appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.